Asal Duit Jadi Emas
Salah satu sebab saya tidak berhenti menyimpan emas sejak dahulu hingga sekarang ialah apabila saya mulai faham kelebihan emas sebagai aset kalis inflasi, iaitu aset yang mampu melindungi nilai kekayaan kita daripada hilang kuasa belinya dalam jangka panjang.
Kata pakar kewangan dunia, Robert T Kiyosaki, Savers Are Losers iaitu kita menyimpan tetapi kita semakin miskin kerana nilai kekayaan kita semakin lama semakin merosot akibat inflasi.
Jika kita simpan RM10,000 hari ini, nilainya tidak akan sama nilai (kuasa belinya) 5 tahun akan datang. Kuasa belinya sudah tinggal separuh walaupun nombornya tetap sama.Apabila saya mulai faham hakikat duit bukan penyimpan nilai yang ampuh dan kaitan emas dengan kewangan.
Saya merasakan tak selamat duit simpanan saya 100% dalam bentuk aset kertas (saham, akaun bank, ASB, dan Tabung Haji).Saya mulai agresif menyimpan emas 1gram 1bulan.
Bagi saya emas adalah aset fizikal yang paling ampuh mengekalkan kekayaan kita.
๐๐๐ฎ๐น ๐๐๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐๐บ๐ฎ๐
Saya pegang prinsip “asal duit jadi emas”.Saya simpan emas saya tak peduli tentang harga. Asal ada duit jadi emas,Asal duit jadi emas.Saya ulangan berkali-kali.Saya simpan 10% atau nilai 1gram menjadi emas.
Kalau ada duit bonus, duit bisnes, duit -duit lain, saya tukar 10% – 20% menjadi emas. Saya beli dan beli tanpa peduli turun naik harga emas.Harga naik saya beli, Harga turun saya beli.
Saya seronok dengan simpanan emas saya. Hasil daripada saya tak peduli itulah membuatkan saya terkejut dengan simpanan emas saya. Dengan emas yang saya ada, saya berjaya menyelesaikan hutang pendidikan lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan menyediakan 15% deposit membeli rumah.
Asal duit jadi emas,
Sekarang tak berhenti menyimpan emas.
Alhamdulillah.
Begitulah