Bagaimana Memilih Silver Terbaik?
Kalau ditanya apa lagi aset yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang selain emas.
Jawapan yang paling tepat adalah silver atau jongkong perak.
Silver ini boleh diibaratkan sebagai adik kepada emas.
Bagi yang dah simpan emas pasti mereka akan menyimpan silver sebagai pelengkap pelaburan mereka.
Seperti kata sifu saya, amalkan konsep 70/30.
Apa tu?
Ini bermaksud, sekiranya kita ada RM10,000. RM7,000 peruntukkan membeli emas, manakala RM3,000 lagi membeli silver.
Bagaimana memilih silver yang terbaik?
Buat masa sekarang saya lebih syorkan hanya membeli silver jenama Public Gold saja.
Kenapa?
Ini disebabkan, urusan jual beli lebih mudah dan Public Gold menjamin membeli semula silver yang dijual kepada kita.
Jika tak mahu jual, boleh pajakan silver kita dengan Public Gold melalui Koperasi Dagang Emas (KDE) seperti emas.
Boleh berurusan di mana-mana cawangan Public Gold seluruh negara.
Bestkan menyimpan silver Public Gold.
Sekarang harga silver sangat murah berbanding emas. Waktu sangat baik bagi sesiapa yang ingin memborong silver.
Bayangkan harga sekilo silver seperti dalam gambar hanya sekitar RM2000±. Potensi kenaikan harga silver sememangnya ada seperti emas.