Barang Kemas Sebagai Pelaburan
Boleh ker saya jadikan barang kemas sebagai pelaburan?
1. Untuk kefahaman kalian, barang kemas tidak sesuai jadikan item pelaburan atau simpanan jangka panjang.
2. Ini disebabkan barang kemas fungsinya lebih kepada berhias untuk orang perempuan.
3. Kalau kalian mahu jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang atau pelaburan, pilihan goldbar atau dinar.
4. Goldbar atau dinar kebiasaannya diperbuat daripada emas 999, walaupun ada ketika dahulu dinar emas ada yang diperbuat daripada emas 917. Tapi jarang-jarang dijumpai sekarang. Kebanyakan emas 999.
5. Manakala, barang kemas pula kebanyakkan diperbuat daripada emas 916.
7. Kesan perbezaan kualiti ini adalah dari segi susut nilai jual balik. Susut nilai emas 999 lebih rendah berbanding emas 916.
8. Contoh, susut nilai gold bar atau dinar emas Public Gold 6% – 9%. Manakala, susut nilai barang kemas antara 25% – 30%. Bergantung pada perkiraan tokey kedai emas tersebut. Barangkali mungkin lebih.
9. Jadi, kalau kalian mahu beli emas bagi tujuan jangka panjang atau pelaburan, belian goldbar atau dinar emas.
10. Kalau tujuan kecantikan, berhias atau reward pada diri sendiri atau isteri belilah barang kemas.
11. Jika berminat dengan barang kemas, Public Gold turut ada barang kemas. Sila ke website PG Jewel di PG Mall. Beratus design yang cantik-cantik.
12. Kalian boleh pilih apa saja design yang kalian suka. Kemudian place order. Barang kemas ini akan dipos ke rumah dengan pelindungan insuran. Ini bermaksud, jika ada apa-apa semasa penghantaran. Kalian boleh minta ganti rugi. Berbaloi bukan.
Begitulah.