Bagaimana Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Bagaimana Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi

1.Beli barang kemas yang padu dan tebal

Sebelum anda membeli barang kemas, pastikan anda membeli barang kemas yang padu dan tebal. Ini disebabkan barang kemas yang padu lebih tahan lasak, tidak mudah terputus, dan mempunyai ketumpatan padu.

Ini penting sekiranya anda mahu memajakkan barang kemas tersebu. Barang kemas yang padu memudahkan proses penilaian ketulenan dengan menggunakan alat yang diberi nama densimeter.

2. Pilih barang kemas tiada batu permata

Jika anda membeli barang kemas, saya syorkan jangan beli yang ada batu permata. Ini disebabkan barang kemas yang ada batu permata tidak boleh diuji dengan alat densimeter.

Lagi satu masalah barang kemas yang ada batu permata ini, jika mahu jual balik, nilainya sangat rendah, dan dinilai berdasarkan berat sahaja.

Jika mahu juga beli barang kemas yang ada batu permata, pastikan anda tiada niat untuk menjual semula. Sekiranya was-was,  beli barang kemas yang tiada batu permata.

3. Pilih Kedai Harga Terbaik

Seperti kita ketahui, nilai susut nilai barang kemas antara 25-30%. Jadi untuk mendapat untung yang lebih kompetitif. Tidak salah anda bekerja sedikit dengan bertanya beberapa buah kedai. Mungkin ada kedai yang boleh membeli dengan harga susut nilai di bawah 15%.

4. Beli Barang Kemas 916 ke atas

Beli barang kemas 999 atau 916. Jangan beli barang kemas di bawah 916 kerana kandungan emas yang sedikit. Kebalikan jika membeli barang kemas 999 atau 916, sekiranya kes kecemasan barang kemas ini boleh dipajakkan dengan nilai yang lebih tinggi.

PG Jewel

Public Gold juga ada barang kemas yang dikenali PG Jewel. Barang kemas PG Jewel dijual dalam website PG Mall. Satu kelebihannya ialah barang kemas ini lebih murah berbanding kemas dan sedia diposkan ke rumah anda dengan pelindungan insurans.

Untuk lihat koleksi barang kemas PG Jewel klik sini. PG Jewel. 

PG Jewel juga sering bersiaran melalui FB Live. Setiap kali siaran akan ada promosi dan potongan harga setiap barang kemas dari PG Jewel.

Untuk ke facebook PG Jewel klik sini. PG Jewel Facebook.

Untuk pertanyaan, sila wasap isteri saya Pn Nuraini Nabilah Kamal 019-4497345

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *