Beli Emas Kerana Nilainya

Beli Emas Kerana Nilainya

Untuk pengetahuan kalian, saya betul-betul serius menyimpan emas pada tahun 2015 setelah membuat belian pertama pada tahun tersebut.

Bermula dari situ, saya dapat melihat situasi  harga emas naik dan turun sehinggalah sekarang. 

Ketika saya membantu ramai penyimpan emas di Malaysia. Saya dapati ada 2 golongan membeli yang emas.

Golongan pertama membeli emas kerana harga dan golongan ke-2 membeli emas kerana nilai, manfaat, dan bagaimana emas boleh memberi kebaikan kepada kewanganya.

Saya dapati golongan pertama membeli emas kerana harga sangat seronok apabila harga emas turun dan sangat gelisah apabila  harga emas naik.

Apabila harga emas naik, golongan ini akan berhenti membeli dengan andai menunggu harga emas turun semula seperti mana harga mereka membeli dahulu.

Lain pula, golongan ke-2 yang membeli emas kerana nilai, manfaat yang dapat memberi kebaikkanya kepada kehidupannya. 

Golongan ini tetap membeli dan membeli walaupun harga naik atau turun. Konsisten membeli walaupun 1gram setiap bulan. 

Harga cuma psikologi nombor saja, bahkan  boleh berubah setiap hari. 
Namun, nilai dan manfaat emas tidak berubah selagi mana kita menyimpan emas tersebut.

Oleh itu, simpanlah emas kerana nilainya bukan kerana harganya. 
Membeli emas kerana nilai kita sentiasa tenang walaupun harga emas naik atau turun macam mana sekalipun.

Kalau membeli kerana harga, kita boleh sakit jantung dibuatnya kerana melihat harga emas sentiasa berubah setiap hari, malah sepanjang masa.
Tenang-tenang saja kawan.

Set semula dalam minda kita, bagaimana  melihat emas. 
Jika selama ini kita melihat emas kerana harga dan nombor. Harga naik kita hepi harga turun kita sedih.

Hari ini kita ubah, kita lihat emas kerana nilai dan manfaatnya.
Begitulah.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *