Berbisnes Bukan Sekadar Buat Duit
Berbisnes ini bukan sekadar buat duit tetapi dalam bisnes juga kita berkawan dan berkongsi apa yang ada.
Malam Selasa yang lepas saya bersembang dengan anak muda ini Mazizi.
Masih pelajar universiti tapi dah mula membina bisens emas sejak awal pengajian.
Jeles betul saya dengan dia ni, muda-muda dah pandai urus kewangan, ada pula bisnes sendiri.
Kata orang, bukan calang-calang dia ni.
Katanya sejak akhir-akhir ini banyak sangat cabaran dalam bisnes.
Saya bagitahu tahu, dalam banyak-banyak pekerjaan, pekerjaan orang bisneslah pekerjaan paling banyak cabarannya.
Tawakal orang bisnes ini luar biasa berbanding orang lain. Bila ada cabaran, tengok balik impian kita.
Bila impian kita kuat, InsyaAllah cabaran yang besar nampak kecil saja. Saya bagitahu lagi, konsisten bina bisnes.
Kejayaan mesti akan datang cuma lambat atau cepat saja.
Bila saya bagitahu macam tu, ada semangat baru dalam dirinya.
Akhir pertemuan kami. Saya tekankan dengan beliau, konsisten. Rezeki bisnes tetap ada. Jangan risau.