Cabaran Mindset Tentang Emas
Cabaran utama bila mula-mula menyimpan emas ialah mengubah mindset. Daripada menyimpan RM kepada EMAS. Menyimpan emas bukanlah kebiasaan bagi kebanyakan orang kerana kebiasaan kebanyakan orang menyimpan wang kertas RM.
Perkara yang sama saya alami mula-mula berjinak-jinak dengan emas. Saya melihat emas sama saja seperti saham. Beli murah jual mahal. Boleh untung ribu-ribu.
Untung emas bukanlah sekadar buy low sale high. Ada lagi untung emas yang saya tak nampak.
- Dapat simpan duit susah nak bocor.
- Jadikan duit beli rumah.
- Elak duit dari susut nilai dalam jangka panjang.
- Jadi dana haji umrah.
- Dapat sorok duit dari terbelanja.
- Duit simpanan anak-anak.
Saya ambil masa yang agak lama untuk mengubah mindset saya daripada simpan duit kepada simpan emas.
Belajar Tanpa Henti
Saya faham mengubah sesuatu yang sudah kebiasaan bukannya mudah. Jadi saya ambil langkah belajar dan belajar sebanyak mungkin. Saya ambil peluang belajar dalam seminar-seminar emas anjuran Public Gold. Setiap kali seminar saya akan datang. Tak apalah penceramahnya orang yang sama, kadang kala saya dah hafal skrip seminarnya. Bagi saya biarkan saya berulang-ulang sehingga ilmunya lekat dalam kepala.
Setipa kali seminar saya datang dengan isteri atau dengan kawan-kawan yang berminat dengan emas. Selain seminar, saya juga merujuk blog guru saya www.mohdzulkifli.com. Saya ambil 3 bulan untuk mulakan belian pertama melalui bacaan daripada blog ini.
Saya juga baca blog mahaguru emas Malaysia En Syukor Hashim www.jutawanemas.com. Tak cukup lagi saya baca buku wang emas bertahan ketika gawat tulisan guru saya dan buku-buku berkaitan emas.
Sehingga hari ini saya tetap belajar dan belajar tanpa henti. Mengubah mindset memerlukan masa yang panjang. Memulakan sesuatu yang baru memerlukan paling cepat 3 hingga 6 bulan. Apatah lagi menyimpan yang tak pernah kita kenal sepanjang hidup kita.
Jika sudah dah ada niat menyimpan emas. Mulakan saja waima 1gram kemudian sedikit demi sedikit belajar dan tambah ilmu tentang emas.
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Kuching