Emas Dana Kecemasan

Emas Dana Kecemasan

Soalan: Tuan boleh ker saya jadikan emas sebagai dana kecemasan?

Jawapan:

1. Boleh, jika kita dalam golongan yang tak boleh menyimpan duit. Pegang duit ada saja yang mahu dibeli.

Jika kita golongan seperti ini sebaiknya simpan dana kecemasam dalam bentuk emas, ia sangat bermanfaat. Duit tak bocor simpanan bertahan lama.

2. Jika kita dalam golongan yang boleh mengawal diri daripada berbelanja atau memastikan duit tu tak terguna. Lebih baik simpan dalam bentuk cash.

Pilih sama ada simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Ia memastikan simpanan itu tidak terlalu mudah atau sukar untuk dikeluarkan jika perlu.

3. Jika mahu juga simpan dalam bentuk emas asbab tak yakin boleh simpan dalam bentuk tunai. Bahagikan dana kecemasan kepada dua. 50% cash 50% emas.

Sekurang-kurangnya bila waktu kecemasan kita ada duit segera untuk digunakan. Emas pula sebagai backup belanja jika duit tunai sudah habis.

Jika dana kecemasan terguna, terpakai, terbelanja akibat kurangnya disiplin diri, emas sekurang-kurangnya dapat mempertahankan simpanan yang ada.

4. Apabila dalam kecemasan kita memerlukan duit tunai dengan segera. Apabila duit kecemasan 100% dalam bentuk emas. Sifat emas sukar dibelanjakan. Bila jual emas ia mengambil masa untuk mendapatkan duitnya.

Malah, harga emas pula ada turun naikya. Jadi jika mahu menyimpan dana kecemasan dalam bentuk emas perlu difikirkan risiko-risiko ini.

Begitulah.

Kredit gambar kepada pemilik asal

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *