Emas Hanya 1 Alat Kekayaan

Emas Hanya 1 Alat Kekayaan

Emas ialah salah 1 alat kewangan untuk membina kekayaan. 

Kekayaan itu ibarat sebuah rumah dan emas adalah Salah 1 alat membina rumah tersebut iaitu kekayaan.

Semua orang mahu jadi kaya tetapi ramai yang tersalah langkah dengan mengambil  jalan untuk melabur.  Melabur belum tentu untung tetapi rugi sudah pasti, dalam erti kata lainnya orang melabur ini sudah mempunyai lebihan duit yang tidak tahu untuk dibuat apa. 

Daripada itu terus disimpan baik ia dilaburkan ditempat dia ada ilmu dalam sesuatu pelaburan tersebut. 

Jika dia pandai dalam saham laburlah dalam saham, jika ada ilmu tentang hartanah laburlah dalam hartanah, jika berilmu dalam emas laburlah dalam emas. 

Namun, asas dalam membina kekayaan adalah menyimpan bukanlah pelaburan. Simpan dulu baru labur. 

Kata pakar kewangan seperti tuan Azizi Ali 10% pendapatan kita perlu disimpan. Jika gaji RM2000, simpanlah 10% daripada pendapatan kita iaitu RM200 setiap bulan. 

Begitulah

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *