Emas Menjadikan Kewangan Kita Lebih Baik?
Kalian boleh jadikan emas sebagai ubat merawat kebocoran wang 10% gaji bulanan.
Duit kertas dan emas mempunyai aura yang berbeza. Duit kertas auranya lebih untuk kita belanjakan. Manakala, emas auranya lebih untuk kita simpan.
Walaupun kita ada RM50 dalam wallet, fikiran kita mula ligat nak beli macam-macam.
Berbanding emas, walaupun ada 1gram di tangan, kita cepat-cepat nak simpan sebab takut orang nampak.
Dalam bahasa mudahnya. Ada duit (RM) rasa nak belanja, ada emas rasa nak simpan.
Kalian boleh manipulasikan kelebihan emas sebagai ubat merawat kebocoran wang 10% gaji bulanan.
Praktiskan menyimpan 1gram 1bulan dan lupakan simpanan tersebut. Ulang langkah ini pada gaji bulan-bulan berikutnya.
Tiba satu tahap, kalian rasa janggal jika tidak menyimpan emas setiap bulan.
Apabila setiap bulan menyimpan emas waima 1gram, secara organiknya simpanan kalian bertambah tanpa sedar.
Begitulah
alhamdulillah…saya pun simpan emas PG untuk tutup kebocoran wang setiap bulan..
Tahniah..terus konsisten ya.