Emas Public Gold Boleh Ambil Di Pos Malaysia Ar Rahnu
Kepada pelanggan Public Gold, kini anda tidak perlu khuatir untuk ambil emas yang telah ditempah. Bermula 15 Disember 2016, pelanggan yang membuat pembelian emas Public Gold boleh mengambil emas yang ditempah di semua cawangan Pos Ar Rahnu seluruh Malaysia.
Jika dahulu pelanggan Public Gold hanya boleh mengambil emas di cawangan Public Gold sahaja. Kini ia lebih mudah kerana urusan penyerahan emas boleh dilakukan di pejabat-pejabat Pos Ar Rahnu seluruh Malaysia.
Setakat ini, hanya negeri Sarawak sahaja yang belum ada pejabat Pos Ar Rahnu. Jika tidak ada halangan, Pos Ar Rahnu di Sarawak akan dibuka pada bulan September tahun ini. doa-doakan.
Untuk makluman, emas pembelian biasa sahaja yang boleh diambil di Pos Ar Rahnu. Untuk pengeluaran emas GAP masih lagi dilakukan di Cawangan Public Gold, belum lagi tersedia di Pos Ar Rahnu.
Cara Membeli
Cara pembelian masih sama. Yang berbeza ialah tempat untuk mengambil emas saja.Panduan Pembelian Biasa