Emas Simpanan “Forgotten Saving”

Emas Simpanan “Forgotten Saving”

Antara manfaat menyimpan emas ialah ia boleh dijadikan simpanan untuk dilupakan atau dalam bahasa Inggerisnya “Forgotten Saving”

2. Mula-mula saya bekerja dahulu antara masalah saya hadapi ialah mengekalkan duit simpanan saya dalam Tabung Haji atau ASB.

3. Kekadang orang datang pinjam atau sesaja dikeluarkan untuk berbelanja.
Kata orang simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit tetapi lain pula saya simpan sikit-sikit lama-lama masih sikit.

4. Pesan guru-guru kewangan, setiap kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” atau “Forgotten Saving” selain simpanan-simpanan yang sedia ada.

5.Forgotten saving ini simpanan yang kita lupakan terus jumlah simpanan tersebut. Tujuanya supaya ia tidak bocor.

6. Sejak mula belajar menyimpan emas pada tahun 2015. Saya tertibkan diri menyimpan 1gram 1bulan. Kata guru saya tertibkan ini dulu baru beralih kepada simpanan yang lebih besar.

7. Masuk gaji saya tolak siap-siap nilai 1gram ke dalam akau emas Public Gold (GAP). Kemudian baru selesaikan urusan lain.

8. Saya manfaatkan simpanan 1gram 1bulan ini sebagai simpanan forgotten saving saya, selain menyimpan ke dalam Tabung Haji dan ASB seperti biasa.

9. Manfaat saya perolehi, saya tak tahu pun berapa jumlah simpanan saya. Yang saya tahu berapa gram saya dah simpan.

Begitulah.

kredit gambar: https://www.insideyourira.com/

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *