GAP Mereka Yang Jauh Dari Cawangan Public Gold

GAP Mereka Yang Jauh Dari Cawangan Public Gold

Saya mula menyimpan emas dalam akaun GAP sejak akhir tahun 2015. Sebelum itu, saya beli emas secara belian terus. Tempah online, bayar, dan ambil emas di cawangan Public Gold. Kalau nak beli emas tu. Saya kumpul duit dulu. Kadang-kadang saya sorokan duit tu dalam kotak kasut. Saya jenis pantang nampak duit kertas, mesti nak korek. Jalan selamat, saya sorok siap-siap dalam kotak kasut. Tak nampak depan mata.

Sebelum saya buka akaun GAP, saya memang tak tahu Public Gold ada akaun GAP. Mujur staf Public Gold pelawa saya buka akaun GAP. Mungkin dia lihat saya setiap bulan beli emas secara terus. Dia ceritakan kebaikan menyimpan emas dalam akaun GAP, masa tu saya belum lagi jadi dealer Public Gold.

Apa yang saya rasakan. Apabila buka akaun GAP. Kita sungguh-sungguh nak kumpul emas. Contohnya, saya target nak pegang 10 gram emas. Saya tekad nak kumpul dalam akaun GAP sehingga 11 gram. Keluarkan gold bar 10 gram.

Sebenarnya kita banyak pilihan nak keluarkan item apa dalam akaun GAP. Contohnya jika ada dalam akaun GAP 11 gram. Kita boleh pilih nak keluarkan gold bar 1 gram 10 keping, 5 gram 2 keping, 10 gram sekeping atau dinar.

Syarat akaun GAP mesti tinggalkan 1 gram dalam akaun untuk kekal aktif. Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, saya sering diberitahu oleh guru emas saya Encik Mohd Zulkifli Shafie. GAP, kita beli gram emas, bukan item. Masa beli kita tu, kita tak fikir lagi nak keluarkan item apa. Item emas sama, cuma cara beli saja berbeza. Seperti mana saya bagi tahu tadi. Beli 10 gram emas melalui GAP, kita banyak pilihan nak keluarkan item apa yang kita suka.

Kepuasan kumpul emas dalam GAP ni, apabila kita keluarkan emas fizikalnya. Setelah berbulan-bulan kita kumpul, beli sikit-sikit. Tiba masa untuk kita keluarkan emas fizikal, amat puas rasanya. Letih mengumpul setiap bulan terlerai apabila emas dalam telapak tangan.

Harga 1 Gram Retail Mahal

Saya banyak ditanya oleh kawan-kawan saya. Kepada 1 gram harga retail RM250 lebih mahal daripada harga emas 1 gram GAP? Jawapannya, kos pembuatan 1 gram yang  kecil lebih mahal berbanding kos pembuatan item emas yang lebih besar seperti 10g, 20g, hingga 250g.

GAP Mereka Yang Jauh Dari Cawangan

Public Gold mempunyai 18 buah cawangan seluruh negara. Kepada sahabat-sahabat yang bekerja di Sabah Sarawak atau pedalaman misalnya, hatta di luar negara sekalipun. Saya syorkan sahabat-sahabat beli dan kumpul emas serendah 1 gram melalui akaun GAP.

Apabila balik kampung bercuti. Ambil kesempatan untuk keluarkan emas yang disimpan dalam akaun GAP dengan item yang kita suka. Jika tak mahu keluarkan. Tak jadi masalah, sebabnya Public Gold mengenakan sebarang caj untuk simpan emas dalam akaun GAP. Simpan emas dalam GAP percuma dan selamat. Public Gold tolong simpan untuk kita semua.

Jadi dah tak ada masalah nak beli emas Public Gold. Walaupun jauh dari cawangan. Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh hubung saya 013 3235478. Dapatkan e-book percuma tentang akaun GAP untuk lebih faham.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

3 Ogos 2017

Kuching

kredit gambar: http://publicgoldmalaysia.com
/harishalim.files.wordpress.com

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *