Beli Dulu Baru Pantau Harga

Beli Dulu Baru Pantau Harga

Ramai kata harga emas sekarang mahal. 1 gram hampir mencecah RM 200. Ya, kalau diukur dengan nilai duit sekarang boleh dikatakan mahal. Tetapi apabila saya fikir semula. Bila masa orang kata harga emas murah.

Letaklah berapa harga sekali pun, orang menganggap harga emas sentiasa mahal. Tiada seorang pun kata harga emas murah. Memang diakui, emas adalah barang yang dianggap mahal zaman berzaman.

Sebab itu, ia dianggap simbol kekayaan, sampai ada orang kata, sapa ada  emas orang itu kaya. Tetapi bagi saya belum tentu. Kalau simpan sekeping dinar tak dianggap kaya, berbanding orang yang menyimpan 1 kilo emas.

Beli Dulu Baru Pantau Harga

Kesilapan pertama bakal pembeli emas ialah tunggu dulu harga murah baru beli. Sebenarnya harga emas tidak akan murah selagi kita tidak membuat belian pertama. Belian pertama itu menentukan ta benchmark harga kita.

Tanpa belian pertama, kita masih lagi di awangan-awangan kerana kita tak tahu yang hraga dianggap mahal, yang mana dianggap murah.

Sebagai contoh apabila harga emas RM 160 segram, orang menganggap harga itu mahal. Apabila harga emas meningkat RM190 segram. Orang anggap harga RM 160 tadi murah dan RM190 pula dianggap mahal.

Apabila harga meningkat RM200 segram. Orang anggap RM190 itu murah dan RM200 itu mahal. Begitulah seterusnya. Pesan saya, kalau tak pernah beli emas. Beli dulu baru pantau harga. Bila dah beli baru kita tahu yang mana harga dianggap murah, yang mana harga dianggap mahal.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching, Sarawak

Kredit pemilik gambar asal

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *