Ilmu Kunci Kejayaan Menyimpan Emas

Ilmu Kunci Kejayaan Menyimpan Emas

Malam tadi selesai sesi sembang emas dengan salah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya dari Kuala Lumpur. 

Kebetulan beliau datang ke Kuching selama 3 hari atas urusan kerja. Jadi kami set up perjumpaan malam tadi.

Rakan satu pejabat yang dulu kami sama-sama menyewa di Kuching sebelum beliau balik semula ke semenanjung. 

Dalam kami rancak bersembang. Tak sedar hampir 2 jam saya bercerita tentang emas. Dah macam bagi seminar pulak rasanya.

Saya ceritakan pengalaman saya mula-mula menyimpan emas, pengalaman hampir 3 tahun sebagai dealer PublicGold, asas perlunya menyimpan emas, kelebihan emas dan fungsi emas dalam kewangan kita.

Rumusan sesi sembang emas malam tadi

1. Wang kertas asalnya bersandarkan kepada emas. Setiap 35 Us dollar yang ingin dicetak bersamaan 1oz (31.1g) emas. Semasa perang Vietnam, US kekurangan wang kertas untuk tampung kos peperangan. Selepas 1971, wang kertas tidak lagi disandarkan kepada emas yang dianggap sebagai wang fiat sehingga hari ini.

2. Simpanan emas tidak sesuai dibandingkan dengan asb atau tabung haji. Simpanan emas fungsinya menyimpan nilai jangka panjang, tiada pulangan dividen. Manakala asb dan tabung haji pula mempunyai pulangan dividen.

3. Mulakan belian pertama sebagai tanda aras harga sendiri. Jika belum bermula menyimpan emas. Kita tak tahu yang mana harga dikatakan mahal yang mana pula dikatakan murah. 

4. Simpan duit, kita simpan nombor. Simpan emas kita simpan nilai. RM10k yang disimpan hari ini tak sama nilainya 10 tahun akan datang. Nilai 1dinar yang disimpan hari ini nilai tetap sama walaupun disimpan 10 tahun akan datang.

Tak banyak topik yang dapat saya ceritakan dalam masa 2 jam tersebut. Diakhir perjumpaan itu saya hadiahkan buku WangEmas tuliskan guru saya En Mohd Zulkifli Shafie dan beberapa brosur Public Gold. Saya doakan beliau menjadi penyimpan emas yang berjaya dan dapat membimbing orang lain pula pada akan datang.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *