Ini Kelebihan Menyimpan Emas
Emas tiada kuasa ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah kewangan. Emas cumalah pelaburan biasa-biasa saja yang mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pelaburan lain.
1.Merawat Kebocoran Wang
Sesiapa yang mula membeli emas akan ketagih untuk membeli lagi. Sekali beli 1 dinar, kita teringin nak beli 1 dinar lagi. Membeli emas sama konsepnya kita menyimpan duit kerana emas juga duit dalam bentuk yang lebih kukuh.
2. Menyimpan Sambil Melabur
Menyimpan emas ibarat kita melabur dalam jangka panjang. Dalam jangka pendek harga emas ada turun naiknya. Tetapi dalam jangka panjang harga emas dalam trend menaik. Kalau harga tepung boleh naik apatah lagi harga emas.
3. Magnet Menyimpan
Emas mempunyai aura yang sangat kuat untuk kita menyimpan. Dalam seronok membeli emas secara tidak langsung kita sedang mengumpul kekayaan tanpa sedar.
4. Mengikis Sikap Boros
Pengalaman ramai orang, emas mampu mengikis sikap boros berbelanja. Sebelum menyimpan emas kita berbelanja tanpa had. Selepas menyimpan emas, kebiasaanya duit lebih diutamakan untuk membeli emas berbanding barang lain. Jika dulu suka shopping aksesori kereta, kini suka shopping emas.Lain orang lain pemahamannya.
Begitulah
Puchong