Keistimewaan Emas Public Gold

Keistimewaan Emas Public Gold

 

[Kemas kini 12/9/2018]

Sebelum saya beli emas Public Gold.  Pembelian pertama saya dinar emas Kelantan dengan rakan saya yang juga seorang dealer.

Ketika itu, saya beli satu dinar dan satu gol bar 5g dalam sekitar RM 1,500. Sebab saya buat pembelian tersebut kerana tertarik dengan promosi rakan saya di FB. Pada masa itu saya beli sekadar suka-suka untuk simpanan.

Bila saya mahu membeli lagi, rakan saya itu dah tak aktif jadi dealer. Ada jugak rasa kecewa di situ sebab dah mula seronok simpan tiba-tiba dia pulak tak aktif. Nak beli sendiri, saya pun tidak tahu caranya.

Kalau nak beli sekali pun mesti melalui ejen mereka. Agak rumit. Syarikat itu juga tak cawangan di Sarawak.

Kalau mahu beli saya terpaksa terbang ke semenanjung. Saya fikir itu satu kos yang membebankan. Saya hanya mahu membeli sekeping dinar saja. Saya terpaksa keluarkan duit beratus-ratus ringgit. Tak berbaloi. Saya terus hampa walaupun harga ketika itu tengah cantik.

 Hampir satu tahun saya tidak membeli emas, kerana saya tidak jumpa sebuah syarikat yang benar-benar menjual dinar dan gold bar yang mudah untuk berurusan.

Lebih sukar apabila saya tinggal di Kuching sehinggalah saya berkenal dengan Public Gold. Sepanjang saya berurusan jual beli dengan Public Gold. Bagi saya Public Gold sebuah syarikat emas “Senang Beli, Senang Jual, Untung Maksimum.”

Saya kongsian kepada sahabat-sahabat beberapa keistimewaan emas Public Gold, sehingga kini saya terus berurusan Public Gold bermula sebagai pelanggan biasa sehinggalah saya menjadi Dealer Public Gold yang aktif.

#1 Urusan Jual Beli 24 Jam,  7 Hari Seminggu Secara Online

 Urusan jual beli emas Public Gold boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua secara online di website Public Gold. Serahan emas akan dilakukan pada waktu hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, harga emas Public Gold sentiasa berubah setiap 20 minit mengikut harga emas pasaran antarabangsa, kecuali harga emas akaun GAP yang berubah selepas 12 tengah malam.

Maksudnya, kita boleh beli emas Public Gold dalam jangka waktu masa sebenar (real time) mengikut harga pasaran emas dunia.

Sebagai contoh apabila kita lock harga pada pukul 8 malam melalui website Public Gold dan buat bayaran melalui online banking. Keesokan harinya  kita dah boleh ambil emas  di cawangan Public Gold berhampiran.

 #2 Susut Nilai Jual Balik Rendah

 Susut nilai jual balik emas keluaran Public Gold antara 6%-9%. Lebih berat emas, lebih rendah susut nilainya. Susut nilai yang rendah ini memberi keuntungan kepada pelabur atau penyimpan bila jual semula.

#3 Harga Emas Lebih Rendah

Harga emas Public Gold lebih rendah berbanding syarikat-syarikat lain. Misalnya 1 gram melalui akaun GAP masih lagi di bawah RM 200. Manakala, 1 gram gold bar bagi pembelian terus RM250. Harga sebegini bagi saya rasa masih lagi rendah berbandingkan di tempat lain. Harga rendah beri peluang kepada kita membeli banyak emas.

 #4 Banyak Cawangan

Public Gold mempunyai 18 buah cawangan di seluruh Malaysia. Cawangan yang banyak memudahkan kita membeli emas daripada Public Gold. Cawangan Public Gold beroperasi Isnin hingga Jumaat daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sabtu minggu pertana dan ketiga 9 pagi hingga 1 tengah hari.

#5 Jaminan Beli Balik Emas

Public Gold jamin beli balik emas keluarannya walaupun jumlah yang besar. Tidak kisah emas itu calar, kemek, atau terbuka sealnya, Public Gold tetap beli semula. Ini menandakan Public Gold sebuah syarikat jual beli emas fizikal yang kukuh di Malaysia. Selain beli emas keluarannya, Public Gold juga turut menerima emas-emas daripada syarikat lain dan barang kemas.

#6 Stok Emas Sentiasa Ada

Inilah yang paling penting iaitu stok sentiasa ada. Ada syarikat yang tak dapat bekalkan stok emas bila harga emas tengah turun. Bila harga emas tengah cantik, stok pula tiada. Alamatnya melopong saja nampaknya. Di Public Gold, stok dijamin tetap ada walaupun harga emas sedang jatuh tergolek. Bila harga emas rendah, inilah peluang kita untuk tambah simpanan.

#7 Emas Berstatus LBMA dan Tiada GST/SST

Emas Public Gold berstatus LBMA dan tiada caj GST/SST dikenakan. Ini menyebabkan harga emas Public Gold sentiasa lebih rendah daripada pengeluar-pengeluar lain. Selain itu, emas keluaran Public Gold disertakan nombor siri dan sijil ketulenan. Hanya emas Bungamas dab Tai Fook saja bukan emas LBMA.

#8 Akaun Emas (GAP)

Selain membeli emas secara pembelian biasa. Public Gold juga turut menyediakan Akaun Gold Accmulation Program (GAP). Ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai modal yang kecil mengumpul emas fizikal sedikit demi sedikit melalui pembelian secara dalam akaun.

#9 Kemudahan Belian Secara Ansuran

Public Gold turun menyediakan kemudahan bayaran ansuran selama 4 bulan atau 10 bulan tanpa faedah. Cuma dikenakan caj sebanyak 0.5% kerana emas yang ditempah akan disimpan oleh Public Gold terlebih dahulu sehingga selesai pembayaran ansuran. Selagi belum habis bayar, emas tidak akan diserahkan kepada anda. Pembelian ini juga disahkan patuh syariah.

#10 Banyak Pilihan Yang Menarik

Emas keluaran Public Gold mempunyai banyak pilihan yang menarik. Bermula 0.5 gram hingga 250 gram.

Selain gold bar, Public Gold juga turut mengeluarkan dinar emas bermula ½ hingga 10 dinar. Reka bentuk dan grafik yang menarik ini menjadikan emas Public Gold bukan sahaja berpotensi sebagai pelaburan, tetap turut dijadikan hadiah untuk orang yang tersayang.

#11 Transaksi Patuh Syariah

Semua transaksi jual beli emas di Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor Sdn. Bhd. Jadi tiada keraguan lagi untuk berurusan dengan Public Gold.

#12 Emas Boleh Diposkan

Mulai 6 Julai 2018, Public Gold telah memperkenalkan satu servis baru iaitu Gold In Transit (GIT). Shabat-sahabat yang jauh daripada cawangan Public Gold, tak perlu lagi bersusah payah ke cawangan PG. Guna saja servis GIT, emas sahabat-sahabat diposkan sehingga ke rumah.

Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching, Sarawak

Kredit gambar: www.imgrumtag.com

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *