Kerugian Pelaburan Melalui Barang Kemas

Kerugian Pelaburan Melalui Barang Kemas

Jika kita imbau kenangan datuk nenek kita dahulu, malah zaman kita kecil. Sering kita lihat orang tua-tua kita memakai barang kemas terutama ke majlis-majlis keramaian atau perkahwinan. Pemakaian barang kemas pada zaman dahulu mungkin tidak lebih untuk perhiasan. Tetapi jika orang tua kita dalam keadaan terdesak, barang kemas itulah yang jadikan cagaran.

Sekarang pun, saya lihat begitu, jika suami ada masalah kewangan, barang kemas isterilah menjadi mangsanya.  Ini bermakna barang kemas sentiasa bernilai dari dahulu sampai sekarang.

Untung atau tidak barang kemas dijadikan aset pelaburan. Maaf saya bagitahu tak untung barang kemas dijadikan aset pelaburan kerana fungsi barang kemas sebenarnya ialah untuk berhias.  Azizi Ali pun dalam bukunya  turut tidak mengesyorkan barang kemas sebagai pelaburan.

1.Kandungan Emas

Memandangkan emas tulen sebenarnya lembut. Emas yang dijadikan barang kemas telah dicampurkan dengan logam lain seperti perak dan tembaga. Fungsinya supaya barang kemas itu lebih keras.

Jadi, kandungan emas yang rendah ini menjadikan barang kemas itu kurang bernilai dari perspektif pelaburan. Kalau berhias tak ada masalah.

2. Kos Upah

Kos upah inilah menjadikan sesuatu barang kemas tu mahal. Semakin cantik reka bentuk semakin tinggi kos upahnya.

Kos upah ini boleh di manipulasi oleh pekedai. Mereka boleh meletak harga kos upah sesuka hati untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

3. Susut  Yang Tinggi

Susut nilai harga kemas apabila jual semula antara 25-30% berbanding gold bar/dinar 9-10% (Public Gold). Ini menjadikan barang kemas tidak berbaloi untuk dijadikan instrumen pelaburan. Kita rugi besar dengan susut yang  tinggi.

4. Risiko Barang Kemas Rosak

Risiko besar barang kemas rosak sememangnya ada, patah atau terputus. Sekiranya rosak, barang kemas itu kurang bernilai.

Jika ada pekedai membeli sekalipun, harganya sangat rendah. Ada juga pekedai membenarkan kita menukar barang emas dengan barang emas.

Boleh saya katakan, barang kemas bukanlah item yang balik untuk dijadikan aset pelaburan. Sekiranya membeli barang kemas, anggaplah sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Public Gold juga ada barang kemas PG Jewel yang di jual dalam PG Mall. Barang kemas ini emas 916 dan sedia diposkan ke rumah  dengan pelindungan insurans.

Ada beratus design yang cantik-cantik. Klik sini terus lihat mana yang berkenan. PG Jewel

Saya syorkan untuk jadikan aset pelaburan, beli gold bar atau dinar untuk berhias pilih barang kemas.

Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching

Kredit gambar: PG Jewel dan lilyardas.wordpress.com

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *