Keuntungan Jadi Dealer
Kalau ada bajet lebih, alang-alang beli emas tu, jadilah dealer Public Gold terus. Jadi dealer Public Gold ni kita boleh jana keuntungan dalam semua urus niaga dan semua keadaan harga, emas sama ada harga naik atau harga turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi kita untung. Syaratnya perlu manfaatkan posisi dealer tu sebaik-baiknya.
#1 Rebat Belian Sendiri Emas
Untuk jadi dealer, kita perlu buat belian minimum RM 30,000 dalam satu resit. Tip daripada saya kalau nak dapat harga diskaun jadi dealer. Biasanya dalam seminar-seminar Public Gold atau promosi bulanan, akan ada promosi jadi dealer. Tak semestinya perlu beli minimum RM 30,000 baru boleh jadi dealer. RM 30,000 tu harga biasa, harga bukan promosi. Nak jimat untuk jadi dealer, rajin-rajin datang seminar emas Public Gold dan cakna promosi setiap bulan.
Setiap belian kedua dan seterusnya. Public Gold akan beri rebat belian sebanyak 1%. Contohnya, jika buat belian sebanyak RM 10,000. Public Gold akan beri rebat kepada kita sebanyak RM 100. Best tak. Tahap rebat ini berubah mengikut tahap dealership masing-masing. Normal dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, Master Dealer 2.0
#2 Rebat Jual Balik Emas
Kalau nak jual balik emas dalam simpanan kita atau nak pakai duit contohnya. Public Gold akan bayar kepada kita rebat jualan balik. Rebat ini dibayar sebanyak 0.3% atas jualan tersebut. Contohnya jika kita jual RM 10,000. Kita dapatlah rebat RM 30. Taklah banyak sangat tapi lepaslah bayar duit minyak hantar emas tu ke branch.
#3 Komisyen Introducer Pembeli
Jika dah tahu emas adalah simpanan terbaik. Jangan pendamkan pengetahuan itu seorang-seorang. Sebabnya ramai lagi tak tahu dan nak tahu manfaat menyimpan emas. Ambil tanggungjawab ini sebagai sumbangan kita kepada masyarakat. Ceritakan kebaikan menyimpan emas, manfaat menyimpan emas. Gunakan platform facebook, whatsapp, instagram sebaik-baiknya. Pesan guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie. Jangan menjual, tapi sampaikan kebaikan apa yang kita tahu.
Sekiranya ada orang beli atas recommendation kita, Public Gold akan bayar kepada kita komisen dalam bentuk royalti sebanyak 1% Normal Dealer,1.5% Priority Dealer, 2.0% Master Dealer, ikut tahap dealership kita. Public Gold akan bayar royalti setiap kali orang membeli atas recommen kita. Setiap pembelian berlaku Public Gold akan membayar royalti kepada kita. Jika kita meninggal dunia sekalipun, royalti ini akan dinikmati oleh waris kita. Jika suami dealer Public Gold yang aktif ketika hayatnya. Si isteri akan dapat menikmati pendapatan royalti ini.
Contohnya dalam sebulan ada orang membeli sehingga RM 60,000 hasil cerita kita dalam Facebook. Maksudnya Public Gold akan membayar kepada kita sebanyak RM 600. Kira okaylahkan. Duk cerita-cerita dalam facebook, whatsapp. Tolong bimbing, tolong oderkan. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas di branch Public Gold terdekat dengannya. Dengan duit RM 600 tu tambah lagi beberapa gram emas dalam simpanan. Kiranya tambah simpanan secara percuma.
Berita baik yang saya nak bagi tahu, komisen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introducerkan tu membeli emas dengan Public Gold. Ia boleh dijadikan pendapatan pasif yang bagus.
#4 Beli Harga Diskaun & Simpan
Kadang kala ada juga pembeli emas yang nak pakai duit segera. Mungkin ada perkara-perkara kecemasan. Kalau jual emas di Public Gold, biasanya pihak Public Gold tak akan beri duit on the spot. Mereka akan bank in duit ke akaun kita. Jika guna akaun Maybank. Insyallah satu hari boleh settel. Kalau guna akaun selain Maybank mungkin ambil 1-2 hari bekerja. Saya ada pengalaman menjual semula dinar ke Public Gold. Saya gunakan CIMB Bank. Public Gold ambil masa 1-2 hari bekerja untuk mereka proses pembayaran ke akaun saya. Jadi ada kalanya, pembeli nak duit cepat. Mereka lebih suka jual emas tu kepada dealer. Jika jual kepada dealer. Dealer akan beli emas itu dengan harga PG Buy. Sama harga dalam website Public Gold. Konsepnya sama kita jual emas kepada Public Gold. Cuma kita dapat duit lebih cepat berbanding dengan jual semula dengan Public Gold.
Sebagai dealer, kita dah untung di situ. Kita beli emas dengan harga tanpa spread. Contohnya kalau harga emas naik 5%. Jika saya beli emas RM 10,000 saya dah dapat untung RM 500 di situ. Best tak?
#5 Beli Harga Diskaun & Jual
Bila orang jual kepada dealer dengan harga diskaun PG Buy. Kadang kalanya stok emas dalam simpanan dealer terlalu banyak. Dah terlebih daripada sasaran. Dealer juga kena stand by duit, sekiranya ada pembeli nak jual emas mereka. Jadi dealer akan jual stok berlebihan tu kepada pembeli baru dengan harga PG Sell. Di situ kita dah dapat untung 6-9%. Kalau beli RM 10,000 dan untung RM 600-900. Best tak?
#6 Komisyen Overriding “Dealer”
Dalam ramai-ramai pembeli emas tu, mesti ada yang buat pembelian sehingga RM 30,000 automatik jadi dealer. Sebenarnya ramai dalam kalangan kita sebelum kenal dan faham tentang emas. Kebanyakannya simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji. Apabila dah kenal emas mereka akan beli dalam jumlah yang banyak. Jangan terkejut jika urus niaga emas ini besar-besar belaka jumlahnya. Orang beli emas ini, bukan belanjakan duit macam beli benda lain. Kita cuma alih duit jadi emas. Emas pun duit juga, the real money. Kalau nak pakai duit, emas itu boleh dijual semula atau dipajakkan di mana-mana ar rahnu.
Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan membuat bayaran kepada kita sebagai komisen introducer mengikut tahap dealership kita. Contohnya, kalau dealer tu buat belian sebanyak RM 30,000. Normal dealer akan dibayar sebanyak RM 300 (1%), Priority RM 450 (1.5%), dan Master Dealer RM 600 (2%). Apabila dealer tu membuat pembelian kali kedua dan seterusnya, Public Gold akan terus membayar kepada kita sebagai introducer mengikut tahap dealership kita. Komisen ini terus dibayar setiap kali adanya urus niaga sampai saya mati atau dealer tu yang mati dulu.
Berita baiknya, pendapatan daripada Public Gold ini boleh diwarisi kepada isteri dan anak-anak. Itu janji Public Gold.
Potensi Bebas Kewangan
Pendapatan sebagai dealer Public Gold bersifat pendapatan pasif. Cuba bayangkan jika kita dapat 1000 pembeli melalui kita, setiap seorang hanya 1 gram 1 bulan. Secara kasar kita boleh menjana pendapat pasif sebanyak RM 4,000 sebulan. Insyallah.
Kesimpulannya, jadi dealer Public Gold kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urus niaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri. Kita boleh dapat untung lebih besar jika benar-benar dapat manfaatkan posisi sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:
*Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
*Peluang beli emas dengan harga diskaun 6% – 9% (susut nilai).
*Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisen jualan).
*Untung simpan emas bila harga emas naik.
*Untung komisen berganda bila harga emas jatuh (komisen jualan).
*Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
*Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.
Wallahu a’lam.
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
21 November 2017