Kick Start Dealer Emas

Kick Start Dealer Emas

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah mendaftar sebagai dealer di bawah bimbingan saya.

Untuk makluman saya merupakan dealer di bawah  team G100 Network iaitu sebuah team dealer yang sangat pantas berkembang di bawah bimbingan En Mohd Zulkifli Shafie.  Anda yang mendaftar melalui saya automatik menjadi sebahagian daripada team G100 Network.

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi jika ada persoalan berkenaan emas dan bisnes emas Insya-Allah saya boleh memberikan panduan berdasarkan pengalaman saya yang telah membimbing lebih 400 rakan penyimpan emas seluruh negara.

Bagi menghargai kepercayaan anda, saya sedia membantu anda dan mendapat perhatian peribadi daripada saya.  Selagi anda mempunyai keinginan serta kesanggupan yang kuat untuk belajar dan berusaha, saya bersedia membimbing anda berjaya melalui platform yang disediakan oleh Public Gold.

Buat permulaan ini saya hadiahkan beberapa bahan rujukan penting untuk anda.

G1000Network Dealer Handbook

Jalan Kejayaan Bermula Di Sini

  • Join FB Group PG G100 Dealers

PGG100 Dealers merupakan  secret group facebook iaitu group premium hanya dealer rangkai G100 sahaja dan di bawah mentorship En Mohd Zulkifli Shafie. Dalam group ini anda sentiasa mendapat beberapa maklumat tentang:

  1. Perkembangan terkini Public Gold. Anda mendapat info lebih awal sebelum diumumkan oleh Public Gold.
  2. Tips-tips menjana pendapatan sebagai dealer PG.
  3. Motivasi memajukan bisnes.
  • Seminar Emas G100 Network

Setiap hari Rabu malam team G100 Network akan mengadakan Seminar Emas dan Seminar Bisnes Emas di page Public Gold by PGG100Network. Ini peluang anda untuk belajar ilmu emas, kewangan dan bisnes secara percuma setiap minggu.

  • PGG100 Network Leadership Training (MINI PLT)

Untuk mengetahui potensi sebenar sebagai dealer bagaimana menjana pendapatan dengan bisnes PG, antara program yang perlu anda hadiri ialah MINI PLT. Program satu hari secara online yang mana anda akan didedahkan pelbagai ilmu yang akan dikongsikan oleh  Master-Mester G100 Network.

  • New Dealers Orientation (NDO)

Untuk mengetahui bagaimana urusan jual beli emas di Public Gold dan potensi pendapatan dengan lebih mendalam antara program yang perlu anda hadiri ialah New Dealers Orientation (NDO). Di sini anda akan belajar dari A hingga Z tentang membina perniagaan emas Public Gold. NDO diadakan setiap hari Sabtu minggu ke-2 setiap bulan.

  • Weekly Group Coaching (WGC)

Setiap hari Ahad malam saya akan mengadakan Weekly Group Coaching (WGC) kepada dealer yang berdaftar di bawah rangkai saya. Dalam WGC ini anda boleh bertanya apa saja soalan kepada saya tentang emas atau bisnes emas, cabaran dan jalan penyelesaian. Sila download action plan untuk memudahkan sesi perbincangan nanti.

  • Buku Asas Simpanan Emas

Apabila terlibat dengan jual beli emas sudah pasti kita akan mendapat pelbagai soalan daripada mereka yang berminat untuk memulakan simpanan emas. Sudah pasti anda tidak menang tangan melayan satu persatu soalan daripada prospek-prospek atau customer.

Jadi semua jawapan ini  telah dibukukan oleh mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie dalam Buku Wang Emas. Saya syorkan anda baca kedua-dua buku ini sehingga khatam dan ulang berkali-kali. Daripada pengalaman saya mereka yang membaca kedua-dua buku ini akan mudah faham kelebihan menyimpan emas dan kaitan emas dan kewangan.

Anda boleh beli kedua-dua buku ini di PGMall store Galeri Ilmu dan di mana-mana kedai-kedai buku MPH, POPULAR atau KINOKUNIA.

  • Cara Hubungi Saya

Anda boleh hubungi saya atau isteri saya Puan Nuraini Nabilah Kamal bila-bila masa. Kami sedia membantu.

013-3235478 (shafiq)

019-4497345 (aini)

Selamat datang sebagai dealer Public Gold.

Kita jumpa dipuncak kejayaan

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *