Kriteria Sebelum Beli Emas
Hari ini banyak kedai emas mahupun syarikat emas yang menawarkan pembelian emas dalam bentuk dinar dan gold bar.
Namun, sebelum kita beli emas mana-mana emas sama ada untuk pelaburan ataupun simpanan, saya sarankan semak dahulu 5 kriteria di bawah.
- Harga rendah
- Spread (susut nilai) rendah
- Stok tiada had
- Cawangan tempat jual beli banyak
- Syarat jual beli tak cerewet
Harga Rendah
Bandingkan 3 buah syarikat emas yang lain. Harga yang lebih rendah lebih baik kerana kita dapat membeli emas dengan kuantiti yang banyak dengan bajet yang rendah.
Banyak pengeluar emas di Malaysia seperti Public Gold, Dinar Kelantan, Sri Ayu, Power Gold, dan Kelantan Gold.
Susut Nilai Rendah
Susut nilai bermaksud beza harga jual dengan harga beli sesebuah syarikat pengeluar emas.
Susut nilai amat penting diteliti sebelum kita membeli emas.
Tanya dulu dealer atau syarikat emas tersebut berapa susut nilai kalau kita mahu jual semula. Ramai yang buat silap bila tak tanya dulu susut nilai beli semua. Bila nak jual baru rasa menyesal.
Susut nilai yang rendah lebih baik kerana kita dapat mengoptimumkan keuntungan.
Cara Kira Susut Nilai
Harga Jual – Harga Beli
___________________ x 100%
Harga Beli
Stok Tiada Had
Pilih syarikat emas yang dapat bekalkan emas bila-bila masa walaupun harga sedang jatuh. Biasanya bila harga emas jatuh, orang berpusu-pusu membeli emas.
Pada waktu inilah ada syarikat yang bermasalah untuk bekalkan stok emas kepada pelanggan.
Bagi saya, antara kelebihan Public Gold ialah stok emasnya tiada had walaupun harga sedang jatuh.
Harga emas dalam website Public Gold dikemas kini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Maksudnya kita beli dengan dengan Public Gold mengikut harga sebenar atau real time.Cawangan Yang Banyak
Pilih syarikat emas mempunyai cawangan yang banyak. Kelebihan Public Gold saya lihat, cawangannya ada di mana-mana seluruh Malaysia. Kita boleh berurusan di mana-mana cawangan yang kita selesa.
Syarat Jual Beli Tak Cerewet
Cari syarikat emas yang tak cerewet daripada segi jual beli emas. Paling baik, syarikat itu beri jaminan beli semula emas yang jual kepada kita dalam apa keadaan sekalipun. Calar, kemek, atau sel terbuka, mereka tetap beli.
Kalau tanya Public Gold macam mana? Public Gold beli semula emas yang dijual kepada kita sama kemek, calar, atau terbuka seal.
Kalau nak jual emas jenama XYZ pun Public Gold terima.
Saya pernah jual gold bar 20g yang terbuka seal. Tak ada masalah, Public Gold terima dengan senyuman.
Saya rasa, 5 kriteria dah cukup membeli guide line kepada kawan-kawan yang nak mula menyimpan emas.
Mana pilihan kawan-kawan ikut cita rasa masing-masing. Kalau tanya saya, saya bagitahu Public Gold kerana Public Gold mempunyai 5 ciri di atas.
Senang beli jual untung maksimum.
Begitulah ceritanya
Info emas percuma. Klik link ini :https://t.me/MohamadShafiqRohaizad