Kumpul Emas Melalui Bisnes PG Mall

Kumpul Emas Melalui Bisnes PG Mall

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian. Selain menjalankan jual beli emas dan perak. Public Gold juga turut mempunyai platform beli-belah tersendiri yang di kenali sebagai PG Mall.

PG Mall mula dilancarkan dalam tahun ini sebagai laman web beli-belah yang menyediakan pelbagai produk yang merangkumi 9 kategori:

#1 Produk ibu dan anak

#2 Barangan sukan

#3 Pakaian

#4 Barangan elektronik

#5 Produk kesihatan dan kecantikan

#6 Perkhidmatan dan seminar

#7 Pelancongan dan penginapan

#8 Peralatan rumah

#9 Barangan runcit

Berbisnes Di PG Mall

Selain membeli belah dalam PG Mall. PG Mall juga turut membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk meluaskan pasaran produk mereka melalui platform PG Mall.  Tidak kira peniagaan kecil atau besar. PG Mall membuka ruang seluas-luasnya kepada usahawan-usahawan supaya menjadikan PG Mall salah satu medium utama dalam memasarkan produk masing-masing.

Pendaftaran sebagai usahawan PG Mall adalah percuma. Usahawan PG Mall boleh memasarkan produk mereka seberapa banyak mungkin tanpa had. Dalam bahasa mudahnya, jadikan PG Mall sebagai kedai online anda sendiri. Anda pemilik bisnes dan anda jadikan PG Mall sebagai platformnya.

Keistimewaan yang saya lihat dalam PG Mall ini daripada segi sistem pembayarannya yang unik merangkumi 2 cara transaksi pembayaran.

#1 Pembayaran melalui online banking.

Kaedah biasa, iaitu transfer duit ke akaun penjual.

#2 Pembayaran melalui emas atau Gold Cash (GC).

Pembayaran secara GC ini menggunakan gram dalam akaun Gold Accmulation Program (GAP) sahabat-sahabat.

Kelebihan apabila memilih penerimaan bayaran melalui GC ialah anda dapat mengumpul gram emas melalui hasil jualan di PG Mall.

Untuk makluman, pembayaran melalui GC akan dikreditkan dalam G-Wallet. Dari sini, penjual boleh transfer hasil jualan di PG Mall ke dalam bentuk gram emas; langsung ke akaun GAP anda atau tunai; langsung ke akaun bank anda.

Kumpul Emas Melalui Bisnes PG Mall

Jika kaedah biasa kita hanya beli 1 gram 1 bulan apabila dapat gaji bagi yang bekerja atau biasiswa bagi pelajar. Kaedah lain yang boleh saya syorkan untuk tambah gram emas ialah dengan menjadi peniaga di PG Mall.

Saya lihat, PG Mall satu-satunya platform yang menjadikan emas sebagai transaksi jual beli pertama di Malaysia. Ini mengembalikan fungsi emas sebagai duit sebenar sebelum kewujudan duit fiat yang kita gunakan hari ini.

Mohamad Shafiq Rohaizad
10 Ogos 2017
Kuching

Kredit Gambar: Padawanemas

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *