Mana Untungnya Simpan Emas?
1. Emas asasnya aset fizikal seperti rumah dan tanah. Kalau kita rumah, kita ada pendapatan sewaan, kalau ada Tabung Haji kita ada pendapatan dividen tahunan. Emas tak ada pendapatan.
2. Kalau ada yang menawarkan pendapatan bulanan atau tahunan dengan menyimpan emas. Itu skim cepat kaya bertopekan emas. Angkat kaki cepat-cepat kawan.
3. Asas keuntungan dengan emas ialah BELI HARGA RENDAH JUAL HARGA TINGGI.
4. Kalau nak jana pendapatan dengan emas jadi dealer syarikat emas seperti Public Gold. Tak ada yuran dikenakan. Cuma beli emas dalam jumlah tertentu saja.
5. Peyimpan emas untung apabila emas yang disimpan semakin bertambah kuantitinya. Kalau tahun lepas simpan 50 gram, tahun ini target simpan 100g. Pelabur emas untung apabila menjual emas pada harga tinggi, peniaga emas untung setiap kali transaksi jual beli emas.
6. Alang-alang dah beli emas, ambillah peluang menjadi dealer emas. Boleh jana pendapatan sampingan dengan bisnes emas. Harga emas naik kita untung atas simpanan emas kita. Harga emas turun kita untung atas komisyen jual beli emas.
Begitulah.