Membina Simpanan Yang Kukuh Dengan Emas
Secara perbadi saya mula mengenali emas di Universiti Malaya (UM). Ketika itu saya sebagai Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sebagai exco kebajikan pelajar, kerja saya tak lari daripada bergaduh dengan pentadbiran universiti atau kolej kediaman. Maklumlah, darah muda, semua yang rasa tak betul saya langgar saja.
Satu hari saya didatangi seorang pelajar yang mengadu tidak dapat penempatan kolej kediaman. Pelajar itu juga memaklumkan seorang OKU dan menunjukkan kad pengesahan OKU nya.
Sepanjang saya mengurus penempatan pelajar itu sehingga dia berjaya masuk ke kolej kediaman. Saya tak tahu yang dia seorang dealer dinar emas Kelantan. Sebelum saya grad dia mempelawa saya membeli dinar Kelantan yang harga ketika itu RM 350 sekeping.
RM 350 aya rasakan sangat mahal untuk barang besarnya tak lebihduit RM0.20. Itulah kali pertama saya lihat emas selain barang kemas. Saya tolak pelawaanya dengan baik bagi menjaga hatinya.
Kisah RM 1000 Sebulan
Ini pula kisah saya mengumpul dana perkahwinan RM 1000 sebulan dengan gaji bersih ketika itu RM 2000. Saya mula berkenal dengan isteri di UM lagi. Hanya sekadar berkawan dalam persatuan dan sama-sama buat program-program universiti.
Akhirnya dia jodoh saya (isteri saya sekarang.) Kami mula serius untuk berkahwin setelah tamat pengajian di universiti. 2013 saya ditawarkan bekerja tetapi penempatan pertama saya di Kuching, Sarawak.
Kisah RM 1000 sebulan bermula bila bakal mertua bersetuju untuk kami berkahwin dan menetapkan tahun berikutnya kami bernikah. Saya pun tak tahu mengapa saya begitu berani meminang anak orang sedang duit simpanan saya tak sampai RM 1000 dalam ASB.
Dengan gaji pokok RM 1,300 belum dicampur semua elaun dan tolak KWSP, saya hanya menerima sekitar RM 2000 sebulan. Dengan duit itulah saya hantar ke kampung, bayar sewa rumah dan mencukupkan keperluan diri.
Saya berjaya mengumpul dana perkahwian dalam sekitar RM 13,000. Namun, kesilapan besar saya lakukan ialah saya bagi pinjam duit pada orang sehingga kini tak berbayar balik.
Bagi saya sangat memertikan bila duit yang dijanji dibayar balik akhir hangus begitu saja.
Bermula menyimpan emas
Saya mula menyimpan emas secara serius sekitar 2015 bila saya bertemu dengan blog guru emas saya www.mohdzulkifli.com. Bagi saya, seribu satu rahmat bila saya bertemu dengan blog berkenaan.
Dari blog itulah saya banyak belajar tentang ilmu kewangan dan simpanan emas. Saya mulakan emas pertama saya dengan membeli syiling dinar. Daripada satu dinar, saya mula menyimpan 1 gram 1 bulan. Lama-kelamaan saya menjadikan emas sebagai salah satu simpanan saya sehingga sekarang.
Daripada cerita yang saya kongsikan tadi. Kita tidak boleh letakan duit dalam satu rumah yang sama seperti mana saya letakkan 100% duit gaji saya dalam asb.
Bila kita letakan duit dalam satu rumah yang sama. Risiko bocor dalam jumlah yang banyak sangat tinggi. Lihat saja bagaimana duit saya bocor dengan sekelip mata hanya memberi orang pinjam duit, lepas tu hangus tak tahu ke mana.
Emas mampu menutup kebocoran wang. Sejak saya mula mengalihkan simpanan saya dalam bentuk emas. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya bina semula simpanan saya. Emas mempunyai banyak kelebihan, bagi sesiapa yang belum mula menyimpan emas waima 1gram mulakan hari ini.
Kesimpulanya, untuk membina simpanan yang kukuh, kebal daripada terbelanja, mula simpanan emas hari ini. Mulakan dengan bajet kecil dulu sekitar 1gram atau 1 dinar. Saya yakin sahabat pembaca dapat membina simpanan yang kukuh dengan emas. Insyallah
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Kuching, Sarawak
Kredit pemilik gambar asal