Membina Status Kewangan Selamat

Membina status kewangan selamat bagi saya wajib dilaksanakan oleh setiap orang. Semakin awal kita bermula semakin muda kita mencapai status kewangan selamat. Mungkin ramai yang masih belum faham apa yang dimaksudkan dengan status kewangan selamat?

Kewangan selamat ialah sejumlah simpanan yang mampu bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih sekiranya berlaku musibah kepada pekerjaan atau kemampuan kita untuk terus bekerja.

Status kewangan selamat saya rasa sangat-sangat penting terutama para suami yang menjadi pencari nafkah, lebih-lebih lagi apabila isteri tidak bekerja.

5 Tahap Mencapai Kewangan Selamat

  • Aliran Tunai Positif
  • Cukup Dana Kecemasan
  • Bebas Hutang Negatif
  • Kewangan Selamat
  • Kebebasan Kewangan
  1. Aliran Tunai Positif

Aliran tunai positif bermaksud, kita mampu untuk menyimpan sebahagian pendapatan daripada gaji atau bisnes. Tuan Azizi Ali mencadangkan 10% sekurang-kurangnya. Bagi saya 10% hanya permulaan. Jika mampu simpan 20% atau 30%. Lebih banyak lebih bagus.

2. Dana Kecemasan

Pakar kewangan menyarankan agar dana kecemasan disimpan sekurang-kuranganya 3 bulan pendapatan. 3 bulan pendapatan bagi saya hanya diparas minimum. Buat permulaan capai dulu 3 bulan pendapatan. Bila dah capai target pula 6 bulan pendapatan, setahun pendapatan. Jangan berhenti menyimpan sebahagian gaji untuk dana kecemasan.

Ada juga yang membagikan dana kecemasan ini kepada emas dan tunai. Sebabnya selalu terpakai. Saya syorkan dana kecemasan ini jangan simpan dalam akaun yang mudah sangat dikeluarkan. Sebaik-baiknya simpan dalam Tabung Haji atau ASB.

3. Bebas Hutang Negatif 

Bebas hutang negatif di sini bermaksud bebas daripada hutang-hutang yang boleh mengurangkan pendapatan kita seperti hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang belanja perkahwinan.
Ada juga hutang yang dikira perlu seperti hutang kereta dan hutang rumah.

Untuk beli kereta, janganlah pilih kereta yang terlalu mahal. Pilih saja yang kondisi masih baik dan ansuranya murah. Jimat bayar bulan-bulan bossku.

4. Kewangan Selamat

Kewangan selamat ialah sejumlah simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan. Dana ini penting jika berlaku apa-apa terhadap pekerjaan atau kemampuan kita.

Dana ini tidak termasuk dana kecemasan. Dana kecemasan dana lain, dana kewangan selamat dana lain.

Sekiranya berlaku musibah, insyallah dana ini mampu bertahan selama 6 bulan atau lebih. Dengan kejatuhan nilai ringgit dan risiko inflasi. Saya syorkan agar dana ini sebahagianya dalam bentuk emas. Boleh hubungi saya atau dealer-dealer Public Gold yang lain atau terus ke web site Public Gold untuk membeli emas.

5. Kebebasan Kewangan 

Apabila sudah mencapai 4 tahap di atas. Kini tahap ke-5 pula iaitu kebebasan kewangan. Pada tahap ini. Pakar kewangan seperti Azizi Ali menyarankan agar 10% nilai bersih kita disimpan dalam bentuk emas. Fungsinya sebagai insurans ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching

 

 

 

 

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *