Menyimpan Emas Secara Autopilot
Ramai yang disiplin membayar hutang tapi tak ramai yang disiplin menyimpan. Pesan guru saya, menyimpan perlu dipaksa. Kalau tak paksa memang tak ada simpanan. Kalau nak menyimpan sekalipun kena pilih kaedah yang paling mujarab supaya simpanan tu tak bocor. Salah satunya menyimpan emas.
Rata-rata yang tak ada simpanan bukan kerana tak cukup duit tetapi terlebih belanja saja. Sememangnya duit kertas dicipta untuk dibelanjakan bukan untuk disimpan. Sebab itulah bila kita ada duit, kita fikir belanja dulu bukan simpan dulu. Duit lebih seronok dibelanjakan berbanding disimpan.
Untuk mengelakkan duit yang ada terlebih belanja, potong siap-siap untuk disimpan. Dah simpan baru fikir belanja. Kaedah ini sebenar dah lama dilakukan oleh orang kaya-kaya. Walaupun mereka kaya tetapi dalam bab menyimpan merekalah yang paling disiplin. Mereka cukup teliti keluar masuk aliran tunai.
Standing Instruction Pupuk Tabiat Menyimpan
Baru-baru ini Public Gold baru saja melancarkan kaedah simpanan emas secara standing instruction atau arahan tetap bulanan terus masuk ke akaun GAP kita. Setiap RM yang ditransferkan akan ditukarkan menjadi GRAM emas mengikut harga semasa.
Kaedah standing instruction ini umpama simpan dulu baru belanja. Potongan siap-siap setiap bulan secara automatik. Selain memupuk sikap menyimpan secara paksa. Ada beberapa manfaat lain jika kita menggunakan standing instruction.
¤ Tak perlu fikir turun naik emas.
¤ Tak perlu fikir macam mana nak top up emas setiap bulan. Kadang-kadang kita terlupa caranya.
¤ Tak perlu terkerja-kerja atau curi masa sebab nak tambah emas takut terbelanja.
¤ Kaedah paling berkesan simpan emas dan lupakan (forgotten saving).
Jika target simpan 1 gram 1 bulan, set up standing Instruction antara RM200-250 sebulan, sebab harga emas dalam lingkungan harga tersebut.
Cara Set up Standing Instruction
- Setiap bank berbeza untuk set up standing instruction. Jika anda pemegang akaun Maybank, CIMB, dan Bank Rakyat. Rujuk gambar di bawah. Kemudian slip pertama pembayaran wasapkan kepadaPG Kod anda.
- Dari tarikh anda set up itulah, bermulanya anda menyimpan emas secara auto pilot. Hanya semak sekali skala semak dalam akaun GAP supaya amaun yang diset up betul-betul masuk dalam akaun emas kita.
Mudahkan!
Jika belum ada akaun emas GAP, boleh buka dahulu serendah RM100 buat permulaan. Apabila akaun sudah aktif boleh mulakan menyimpan secara standing instruction.
Dalam kesibukan kita bekerja, kita menyimpan tanpa sedar. Sekali semak, sudah 12 gram dalam akaun. Apa perasaan kita masa tu mesri gembirakan.
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Kuching

