Nilai Emas Terletak Pada Berat dan Ketulenannya
Nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya, manakala duit kertas nilainya terletak pada jaminan sesebuah kerajaan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Inilah yang membezakan antara emas dan wang kertas yang kita gunakan sekarang.
Jika sesebuah kerajaan mengisytiharkan sesuatu note wang kertas itu tidak laku lagi, maka sesiapa yang memiliki wang kertas tersebut akan jatuh miskin dalam 1 malam saja.
Inilah yang terjadi di India pada tahun 2016, apabila kerajaan India mengisytiharkan wang kertas Rs500 dan Rs1000 tidak laku lagi dengan serta-merta.
Tujuannya, kerajaan ingin membanteras kegiatan rasuah dan pemiliki wang haram di negara tersebut.
Akibatnya, negara menjadi huru hara, sesiapa yang memiliki wang kertas Rs500 dan Rs1000 akan jatuh miskin dengan serta-merta.
Wang Rs500 dan Rs100 nilainya kembali menjadi kosong.
Artikel penuh:
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tindakan-kerajaan-india-tamatkan-urus-niaga-rs500-dan-rs1-000-tidak-adil-pengurup-wang-122335
Inilah kelemahan wang kertas, nilainya bukan terletak pada wang tersebut tetapi dipaksa nilai di atas sehelai kertas oleh sesebuah kerajaan.
Memiliki wang kertas, hakikatnya kekayaan kita bukanlah terletak 100% ditangan kita. Kekayaan kita terletak pada jaminan sesebuah kerajaan dan kestabilan ekonomi.
Berlainan pula mereka yang memiliki emas, kekayaan mereka solid 100% ditangan mereka. Emas tiada jaminan sesiapa. Nilainya tetap utuh walaupun dalam stuasi ekonomi tidak baik.
Nilainya dipegang pada berat dan ketulenannya dan berfungsi sebagai penyelamat kekayaan dikala kemelesetan ekonomi.
Bila ekonomi tidak menentu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengalihkan kekayaan dalam bentuk emas.
Pesan pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali, simpan 10% kekayaan kita dalam bentuk emas
Mereka yang ada emas, kekayaan mereka terjamin dalam jangka panjang.
InsyaAllah.
Begitulah