Pembelian Emas Syariah Easy Payment Purchase

Pembelian Emas Syariah Easy Payment Purchase

Di Public Gold kita mempunyai pelbagai cara untuk membeli emas dan salah satunya ialah dengan pembelian emas secara Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) iaitu pembelian emas secara bayaran bulanan 4 kali bayar (EPP4) atau 10 kali bayar (EPP10) (RM5000 ke atas saja).

Pembelian emas secara EPP ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar memiliki emas dan nak latih diri menyimpan setiap bulan.

Contohnya jika anda mempunyai impian mahu memiliki gold bar 10gram namun tak mampu membeli sekaligus, anda boleh guna kaedah EPP ini.

Kelebihan EPP

1.Dapat Beli Emas Masa Depan Dengan Harga Hari ini

Kelebihan EPP ialah anda ibarat membeli emas depan dengan harga hari ini.

Ini bermaksud, anda dah lock siap-siap emas miliki anda, cuma anda perlu bayar setiap bulan saja.

Contoh jika anda berminat dengan gold bar 10gram dengan harga RM2800, anda pilih EPP 4 kali bayar.

Sebulan anda perlu bayar RM700 atau RM280 jika memilih EPP10. Paling menarik, harga emas naik masa akan datang, anda tetap bayar jumlah yang sama iaitu RM2800.

Wow best ker best macam tu!

2. RM500 Dah Boleh EPP

Bestnya kaedah EPP ini adalah anda boleh beli emas serendah RM500 ke atas. Ini bermaksud, jika anda nak beli 1 dinar pun boleh. Andai kata 1 dinar RM 1200, setiap bulan anda hanya perlu bayar RM300 saja (EPP4).

Bulan ke-4 dah dapat 1 dinar.

Seronok ker seronok macam tu!

3. Dapat Latih Diri Konsisten Menyimpan

Kaedah EPP ini satu salah kaedah untuk anda melatih diri menyimpan setiap bulan.

Kalau nak tunggu duit lebih baru nak menyimpan, alamatnya tak adolah kawan oi! Kita rasa duit sentiasa tak cukup walaupun gaji kita dah naik 2 atau 3 kali ganda.

Ini disebabkan, semakin besar gaji kita semakin kuat desakan nafsu berbelanja, semakin banyak pula komited bulanan yang harus dibayar.

Jika kita konsisten membayar hutang, kenapa tidak untuk menyimpan. Anggap saja belian EPP ini ibarat anda membayar hutang tetapi hakikatnya anda sedang menabung untuk diri sendiri.

Boleh dapat tak setakat ini? Faham ker faham?

Kalau faham, jom kita pergi poin seterusnya pula.

4. Transaksi EPP Patuh Syariah

Ada juga sahabat-sahabat saya yang bertanya adakah belian emasa secara EPP ini patuh syariah? Ya patuh syariah.

Public Gold telah pun mendapat sijil patuh syariah daripada Amanie Advisor yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan penasihat syiarah Bank Negara Malaysia (BNM).

Jadi, tiada masalah pembelian kaedah EPP ini dan anda tidak perlu risau dalam hal ini okay!

5. Tak Wajib Tunggu 4 atau 10 Bulan

Kelebihan lain adalah anda tidak perlu tunggu 4 bulan atau 10 bulan untuk dapatlkan emasnya. Anda boleh selesaikan bayaran EPP ini dengan lebih awal jika ada duit lebih.

Contohnya, jika anda membuat EPP 10 untuk 20gram dengan nilainya belian RM5300 dan bayaran bulanan RM 530 sebulan. Anda ada duit lebih atau tak sabar sangat nak pegang 20gram. Anda boleh selesaikan baki bayaran tersebut, bagitahu staf Public Gold dan ambil emasnya di Cawangan Public Gold terdekat jika emas dan ready stok.

Best ker best anda rasa.

6. Jadi Dealer Public Gold Dengan Modal Rendah

Untuk jadi dealer Public Gold bukan promosi anda perlu membeli 200gram dalam satu resit lebih kurang RM50,000.

Namun, dengan kaedah EPP ini anda boleh dapat pangkat dealer dengan hanya membayar secara bulanan sekitar RM5000 sebulan dengan EPP10.

Walaupun anda belum lagi habis bayar pangkat dealer sudah anda miliki.

Pasti anda nak tahukan, apa lagi kelebihan jadi dealer Public Gold?

Secara ringkasnya jadi dealer PG anda akan mendapat komisyen sekitar 1% – 2% atas belian sendiri atau memperkenalkan orang lain membeli emas Public Gold. Komisyen ini bergantung pada pangkat dealer anda.

Nak tahu lanjut KLIK SINI.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *