Pengalaman Guru Universiti Kehidupan
Terjumpa gambar lama dalam facebook terus simpanan semula. Kalau tengok perbezaan saya dulu dan sekarang masyallah banyak betul bezanya.
Gambar ini diambil dalam bilik gerakan. Masa ini saya dengan kawan-kawan yang lain menjadi komuniti Festival Konvokesyen Universiti Malaya tahun 2011 (FESKUM).
Ini kali pertama saya turut serta dalam acara besar universiti. Dia punya strees waktu itu hanya Allah saja yang tahu. Dahlah saya bahagian promosi gerai jualan konvokesyen.
Menghadap karenah peniaga-peniaga memang mencabar. Geram, marah, sedih, kecewa semua ada. Skill menghadap semua ini mesti kuat beb. Lagi-lagi bila ada peniaga datang merayu-rayu nak berniaga walaupun kawasan dah penuh.
Hari kejadian pula pembekal kanopi datang lewat, ada peniaga-peniaga yang sampai dahulu.
Yang faham tak ada masalah, yang tak faham siap marah-marah, minta duit deposit semula, mahu tulis surat aduan dengan Naib Canselor. Saya hadap saja waktu tu dengan bulat nekad.
Jika diingat semula saat mencabar itu memang susah, payah dan meletihkan. Tetapi itulah pengalaman. Pengalaman tak mampu dijual beli walaupun diletak RM50,000 di atas meja. Iya lebih berharga daripada wang ringgit.
Pengalaman ini juga membuatkan kita lebih matang dalam kehidupan. Ia Ibarat .
Barangkali kita mempunyai pengalaman yang berbeza, namun pengalaman itulah membuatkan kita lebih dewasa.
Kepada sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, saya memohon agar disedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat saya yang memegang helmet tersebut. Beliau telah meninggal dunia 2 tahun secara mengejut dikediaman sewanya di Petaling Jaya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehin. Al- Fatihah kepada saudara Zikri.