Pengalaman PG Golden Tour
Alhamdulillah saya dan isteri diberi kesempatan untuk join PG Golden Tour anjuran Public Gold. Kalau sahabat-sahabat yang baru tahu, PG Golden Tour ada pakej percutian 2 hari 1 malam ke Penang. Sepanjang 2 hari 1 malam ni, kita akan dibawa berjalan-jalan sekitar Penang sambil mengenali Public Gold.
Kita akan dibawa ke HQ Public Gold di Bayan Lepas, bertemu sendiri dengan pengasas Public Gold Dato Wira Louis Ng, berjumpa dengan staf-staf Public Gold dan melihat sendiri bagaimana mereka bekerja. Selain itu, kita juga akan dibawa ke Public Safe, di mana emas-emas pelanggan Public Gold disimpan. Kalau sahabat-sahabat yang selalu beli emas akaun emas GAP tu, kat sini mereka simpan. Jadi tak perlu risau, akaun GAP Public Gold bersandarkan 100% fizikal.
Saya kongsikan sedikit pengalaman saya semasa lawatan PG Gold Tour tahun lepas.
Ini Dato Wira Louis Ng pengasas Public Gold. Beliau seorang yang sangat merendah diri dan sangat mudah berbual denganya, Kali pertama saya jumpa beliau. Beliau yang tegur saya dulu.
Saya dan isteri bergambar dengan Dato Louis dipejabatnya, Yang menarik masa nak ambil gambar ni, Dato Louis sapa “Ini shafiq kan” terkejut juga saya. Saya dengan Dato Louis memang ada friend tapi dia boleh kenal saya.
Beginilah ruang kerja staf-staf Public Gold di HQ Penang. Bila saya lihat tempat kerja mereka yang bertimbun-timbung dengan fail-fail. Saya fikir mereka memang kerja kuat untuk kita semua.
Tengah hari, kami dibawa makan mi udang. Memang terbaik. Tempat memang jadi pilihan rupanya, Masa kami sampai pun memang dah penuh. Tapi jangan risau Public Gold dah book tempat untuk kita siap-siap.
Ini Public Safe yang emas-emas pelanggan Public Gold disimpan. Bukan pelanggan Public Gold jer. Sapa-sapa pun boleh. Bukan saja emas, apa-apa barang berharga boleh simpan dalam Public Gold. Public Safe ini ada 5000 kotak safe box yang bersedia untuk disewa.
Staf Public Gold sedang menerangkan Public Safe, ciri-ciri keselamatan yang ada, bagaimana Public Safe berfungsi. Memang menarik. Inilah kali pertama saya masuk tempat macam ni. Teruja … macam-macam lagi perasaan.
Makan malam kami dibawa merasa makan nasi 7 benua. Nak makan pun sayang. Apa boleh buat, perung dah keroncong. Makan jerlah. Best juga nasi 7 benua ni.
Kalau sahabat-sahabat pembaca nak tahu. Sepanjang perjalanan PG Goden Tour ini. Keselamatan kami dijaga dengan polis bantuan. Saya rasa sangat best dan dilayan begitu baik oleh Public Gold.
Kami juga dibawa melawat kiosk Aurora Italia. Kat sini para suami kenalah siapkan duit banyak-banyak sikit. Biasanya kalau sini kami para suaminya hanya borak-borak sesama kita jer. Yang paling sibuk kat sini orang perempuan. Kita bagi duit biar mereka pilih sendiri. Jika membeli set Aurora Italia masa trip ni, kita dapat diskaun. Fuh! memang best. Nak tahu lagi pasal Aurora Italia wasap isteri saya Pn Nuraini Nabilah Kamal 019-4497345 dan like page Aurora Italia.
Ini PG Muzium iaitu muzium emas Public Gold dan muzium emas pertama di Asia. Di sini kita akan mendapat maklumat tentang sejarah perlombongan emas di Malaysia dan luar negara. Merasa untuk mendulang emas, pegang emas 50 kilo.
Trip PG Golden Tour ini terbuka kepada semua. Sama ada pelanggan Public Gold atau bukan pelanggan Public Gold. Boleh bawa anak-anak makan angin di Penang. Sekiranya sahabat-sahabat adalah dealer Public Gold. Perlu hadir PG Golden Tour ni untuk kenal Public Gold lebih dekat.
Sapa-sapa yang berminat nak pergi trip ni, bayaran 2g seorang. Kalau suami isteri 3g gram. Bawa anak-anak 6 tahun ke atas 2g seorang, bawa anak 4-6 tahun 0.5g. Sahabat-sahabat boleh hubungi branch Public Gold terdekat untuk keterangan lanjut.
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching