Pos Emas Dengan Gold In Transit (GIT)

Pos Emas Dengan Gold In Transit (GIT)

Alhamdulillah mulai 6 Julai 2018, Public Gold telah memperkenalkan satu lagi kemudahan untuk pelanggan Public Gold, iaitu Gold In Transit (GIT). Ini hasil kerjasama Public Gold dengan Pos Malyasia sebagai partnership PG.

Dengan adanya kemudahan Gold In Transit ini, pelanggan Public Gold boleh meminta PG poskan emas yang beli atau dikeluarkan daripada akaun GAP hingga ke rumah. Tak perlu lagi bersusah payah ke branch PG semata-mata untuk ambil emas yang kita tempah. Emas yang diposkan juga dilindungi insuran.

Kemudahan Mereka Jauh Dari Branch

Bagi mereka yang jauh dari branch Public Gold, tak perlu risau lagi. Hanya bagitahu staf Public Gold, bayar caj penghantaran, dan semuanya dilakukan oleh Public Gold untuk kita. Kita hanya perlu menunggu emas sampai  di depan pintu rumah dengan senyuman.

Daripada pengalaman saya, ada seorang dealer aktif Public Gold dari Brunei yang terpaksa berulang alik dari Brunei ke Miri semata-sata untuk ambil stok untuk pelanggan-pelanggannya di Brunei. Dari Brunei ke Miri saja mengambil masa 4 jam. Namun, dengan ada kemudahan Gold In Transit ini ia  sangat membantu. Jimat masa, jimat petrol

Kepada mereka yang jauh dari branch PG, berita baik ini satu kelegaan. Tak perlu bersusah payah ke branch semata-matauntuk ambil emas. Jika sebelum, pemegang akaun GAP perlu ke branch PG untuk mengeluarkan emas mereka. Bila adanya Gold In Transit, guna saja Gold In Transit. Lebih memudahkan.

Datang Branch Untuk Kenal PG

Tetapi bagi mereka yang tidak sulit ke branch Public Gold, saya galakkan untuk ambil pelung  datang ke branch PG sekali skala.

Banyak manfaatnya bila kita rajin ke branch PG. Pertamanya kita lebih mengenali Public Gold dengan lebih dekat dan berkenal-kenal dengan staf-staf PG yang bertugas.

Bila dah kenal dan mesra dengan mereka, mudahlah kita nak dapatkan bantuan mereka terutama sesiapa bergelar dealer PG. Kalau saya, paling kurang pun seminggu sekali mesti ke branch PG Kuching. Kalau tak ada urusan pun, saya hadir untuk kelas PG1 Sistem, setiap hari selasa malam.

Kalau saya balik kampung saya akan bawa buah tangan untuk mereka. Bagi saya, staf PG banyak membantu melicinkan urusan saya.

Yang kedua, bila datang branch PG, kita dapat melihat suasana branch Public Gold, dapat penerangan percuma daripada staf, dan dapat lihat Public Gold dengan lebih dekat.

Pesan, saya bila ada kesempatan ke branch Public Gold, pergi saja terutama bila ada seminar, peruntukan masa sedikit untuk hadir. Bukan saja kita dapat belajar tentang emas, secara tak langsung kita mengenali Public Gold dengan lebih mendalam.

Bagaimna GIT Berfungsi

Seperti mana yang saya bagitahu tadi, kemudahan GIT ini merangkumi pengeluaran emas daripada akaunGAP dan pembelian secara biasa. Sebelum menggunakan  kemudahan GIT ini, kita perlu membuat pembayaran penuh termasuk caj permium untuk pembelian biasa.

Manakala, pengeluaran emas daripada akaun GAP pula kita perlu membuat pembayaran permium ke no akaun bank (bahagian GAP).

Setelah itu, call mana-mana branch Public Gold terdekat dan bagitahu mereka yang kita mahu emas itu diposkan menggunakan kemudahan GIT. Tunggu  pengesahan daripada staf Public Gold. Ikut arahan seterusnya daripada staf PG yang bertugas.

Caj penghantaran emas

  1 Gram Pertama 1 Gram Seterusnya
Semenanjung Malaysia RM 10.00 RM 2.00
Sabah Sarawak RM 15.00 RM 2.00

Untuk maklumat lanjut sila baca SOP yang disediakan oleh PG. Klik : Gold In Transit SOP

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *