Public Gold Award Recognition

Public Gold Award Recognition

Selesai mengikuti Public Gold Award Recognition secara live tadi. Tahniah kepada mereka yang telah mencapai pelbagai anugerah hasil usaha kalian sepanjang tahun 2019/2020.

Selain menjadi penyimpan emas atau pelaburan emas, Public Gold juga membuka peluang kepada sesiapa saja yang mahu menjadi dealer PG.

Sambil menyimpan emas, kalian boleh berkongsi ilmu, pengalaman, apa yang kalian rasa sepanjang kalian menyimpan emas. Pada masa yang sama kalian bimbingan seramai mana yang boleh untuk turut sama menyimpan emas seperti kalian.

Dengan satu tujuan supaya mereka yang menyimpan emas ini kewangan mereka menjadi lebih baik dan kalian sudah berjaya menyelamatkan seseorang daripada masalah kewangan yang serius.

Impian saya, tatkala kalian mula menyimpan emas, diharapkan emas itu berjaya merawat diri kalian daripada masalah kebocoran wang, dan kalian dapat mencapai apa saja impian dalam kehidupan ini.

Sebagai dealer yang aktif saya mempunyai impian yang besar untuk membantu 100 keluarga mempunyai pendapatan kukuh sehingga boleh bebas kewangan dan bebas dari segi masa. Insya- Allah.

Kebiasaanya setiap tahun majlis seperti ini diadakan secara besar-besaran di hotel-hotel ibu negara dan waktu inilah ibarat hari raya kepada semua dealer Public Gold. Bukan saja meraikan sahabat dealer yang berjaya tetapi inilah masanya kita dapat berjumpa dengan dealer-dealer lain seluruh negara.

Melihat kejayaan orang lain pada hari ini ibarat melihat kejayaan kita masa akan datang. Kejayaan bermula dengan sebuah impian, kehendak diri dan kemahuan yang kuat. Seperti mana kata-kata mereka yang berjaya, kegagalan Itu membuka pintu untuk kita berjaya. Bukan pintu untuk kita berputus asa.

Kunci kejayaan seorang dalam bisnes Public Gold adalah, buat dengan betul, jujur, sabar serta tidak berhenti belajar.

Beri masa 3-5 tahun pada diri sendiri untuk bekerja betul-betul membina bisnes Public Gold hari ini. Dalam masa 3-5 tahun tersebut belajar … belajar … belajar dan kumpul pengalaman sehingga menjadi hebat seperti mereka.

Saya percaya anda 3-5 tahun akan datang bukan anda hari ini.

Percayalah!

Kepada dealer Public Gold kita jumpa di puncak kejayaan.

Begitulah

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *