Public Gold Syarikat Jual Beli Emas Fizikal
![]() |
Ibu pejabat Public Gold di Bayan Lepas Pulau Pinang |
[Kemas kini 14 November 2017] Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Situasi ini bukanlah isu baharu, tetapi isu lama yang berpanjangan sampai hari ini.
Sejak emas dan pelaburan emas menjadi trend. Banyak skim cepat kaya bertopengkan emas muncul sehinggakan kita tidak dapat membezakan syarikat benar-benar menjual emas fizikal atau sekadar menjadikan emas sebagai platform operasi mereka. Ini menyebabkan mereka yang mahu berjinak-jinak sebagai pelabur emas atau setidak-tidaknya menjadikan emas sebagai simpanan masa hadapan berasa ragu-ragu, keliru dan tidak yakin.
![]() |
Latar belakang Public Gold |
Ada juga yang masih ragu-ragu dengan emas yang dijual oleh Public Gold. Saya faham kerana mereka belum lagi mengenali Public Gold secara mendalam. Insyallah saya cuba memberi penerangan melalui tulis ini untuk anda mengenali Public Gold secara lebih dekat.
Baiklah. Pengasas Public Gold ialah Dato Wira Louis Ng. Public Gold sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan jual beli emas dan perak fizikal yang beribu pejabat di Bayan Lepas Pulau Pinang. Dalam kata mudahnya, Public Gold ini serupa sahaja dengan kedai emas, iaitu jual dan beli emas fizikal seperti Poh Kong, Wan Chan, dan Habib Jeweller. Cuma bezanya, Public Gold tidaklah membuka kedai-kedai emas di pasar-pasar raya kerana kosnya tinggi daripada segi sewaan kedai, menggaji pekerja, dan utiliti. Kaedah Public Gold menjual emas adalah dengan membuka cawangan-cawangan dengan menyewa rumah kedai dan bangunan.
![]() |
Pasukan Pengurusan Public Gold |
Emas keluaran Public Gold berupa bentuk jongkong emas 999.9 bermula 0.5 gram hingga 1 kilo. Selain menjual jongkong emas, Public Gold juga turut menjual syiling emas 999.9 berupa Dinar Emas. Bermula ½ dinar hingga 10 dinar. Untuk penegasan, Public Gold tidak terlibat langsung dalam aktiviti penjualan saham emas, pemberian dividen atau sebagainya. Aktiviti perniagaan Public Gold hanyalah jual dan beli emas sahaja.
Semua emas keluaran Public Gold ditempah khas dari Nadir Matel Nadir Matel Refinery (NMR) iaitu sebuah kilang pengeluar emas dari Turki, dan semua emas Public Gold berstatus LBMA iaitu diterima dengan harga yang tinggi apabila dijual di luar negara. Public Gold mempunyai 18 buah cawangan seluruh negara selurah negara. Yang istimewa emas Public Gold dikecualikan daripada GST.
Jika anda masih lagi ragu-ragu dengan Public Gold. Ikut 7 langkah yang disarankan oleh Tuan Khairul Anuar Basri ini.
- Semak Senarai Perhatian Dengan Bank Negara Malaysia (BNM)
Buat semakan dengan BNM. Biasanya syarikat yang bermasalah dan menjalankan skim cepat kaya akan dimasukkan ke dalam senarai perhatian BNM.
- Langsung Mana-Mana Ar-Rahnu Pos Malaysia
Boleh buat semakan dengan Ar-Rahnu Pos Malaysia. Adakah emas Public Gold ada dijual sana atau tidak. Bukan mudah syarikat sebesar Pos Malaysia bertaraf GLC boleh menjalinkan kerjasama dengan Public Gold sebelum mereka menyelidik latar belakang Public Gold terlebih dahulu. Ini membuktikan Public Gold sebuah syarikat yang kukuh.
- Buat Semakan Dengan Jabatan Kastam Atau Lembaga Hasil Dalam Negeri
Buat juga semakan salah satu atau kedua-dua jabatan kerajaan di atas untuk memastikan item emas Public Gold mana yang dikecualikan cukai 6%. Jika Public Gold tidak wujud, mana mungkin emasnya mendapat pelepasan cukai GST.
- Buat Carian Dalam Internet
Sekarang zaman serba moden, semua maklumat boleh dapat dengan mudah. Sama juga kalau mahu mencari maklumat kesahihan Public Gold. Taip sahaja Public Gold, bermacam-macam maklumat mengenainya.
- Rujuk Pakar Kewangan
Anda boleh bertanya soal berkenaan skim cepat kaya dengan pakar-pakar kewangan negara seperti Azizi Ali dan Samsudin Kadir yang terkenal dengan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Minta pendapat mereka berkenaan Public Gold. Dari situ anda boleh mendapat keyakinan berkenaan perniagaan Public Gold.
- Hadir Seminar Anjuran Public Gold
Public Gold sering mengadakan seminar asas emas secara percuma. Tujuannya ialah untuk memberi penerangan kepentingan melabur atau menyimpan emas untuk masa hadapan. Di sini anda boleh bertanya pelbagai soalan yang membelenggu fikiran anda. Gunakan ruangan ini sebaiknya untuk bertanya kepada penceramah sesi.
- Beli 0.5 Atau 1 Gram Mana-Mana Cawangan Public Gold
Cuba buat belian 0.5 atau 1 gram di mana-mana cawangan Public Gold. Serah duit, dapat emas atau tidak. Dah serah duit tapi tak dapat emas, kemungkinan Public Gold menjalankan skim cepat kaya. Anda boleh buat laporan kepada pihak berkuasa. Kalau masih ragu-rau dengan ketulenan emas Public Gold, boleh buat ujian di mana-mana ar-rahnu. Tak perlu emas besar-besar untuk buat ujian ketulenan. Gold bar 1 gram pun boleh dah.
Semoga tulisan ini melegakan sedikit keyakinan anda terhadap Public Gold.
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching