Public Gold Terima Sijil Patuh Syariah Fasa 2

Public Gold Terima Sijil Patuh Syariah Fasa 2

Alhamdulillah pujian-pujian kepada Allah (SWT) kerana Public Gold telah menerima sijil patuh syarah fasa ke-2 untuk pembelian emas secara akaun Gold Accmulation Program(GAP) dan Silver Accmulation Program (SAP) daripada Amanie Advisors sebuah perunding syariah yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Pengumuman ini telah dilakukan dalam Seminar Emas dan Syariah yang di adakan pada 11 November 2017 di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya. Dalam seminar ini 2 orang tokoh terkemuka dalam bidang muamalat dan syariah telah dijemput. Pertamanya Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Pakar syariah negara dan merangkap sebagai penasihat Syariah Public Gold serta ketua eksekutif Amanie Advisor dan Dr Ahmad Sufian Che Abdullah Pensyarah dari Universiti Malaya.

Penerimaan sijil patuh syariah ini telah memberi ruang yang cukup besar kepada pelanggan Public Gold yang beragama Islam untuk melabur emas tanpa rasa ragu-ragu lagi. Bagi saya, ini satu kejayaan yang cukup besar selepas Public Gold menerima sijil patuh syariah fasa pertama pada 16 Disember 2016 untuk pembelian biasa, secara ansuran, dan jual balik emas.

Tuan-tuan tak perlu ragu-ragu lagi untuk membeli emas di Public Gold. Semuanya patuh syariah.

Wallahualam

Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching, Sarawak

14 November 2017

 

 

 

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *