Silver, Bagaimana Keuntungnya?
1. Untuk pengetahuan kalian, selain emas ada satu lagi logam berharga yang sangat baik untuk kalian simpan, iaitu silver atau jongkong perak.
2. Silver diibaratkan sebagai adik kepada emas, kerana logam berharga ini antara item yang banyak mendapat pemintaan oleh pengemar logam berharga.
3. Kalian boleh pertimbangkan untuk menyimpan silver selain daripada emas. Namun, ilmu silver sangat berbeza berbanding emas.
4. Kelebihan dan kekurangan silver
a. Harga silver sangat murah berbanding emas.
Pada ketika ini harga silver sangat murah berbanding emas. Lihat saja perbandingan harga silver dengan emas di website Public Gold hari ini.
Harga 100g silver bersamaan RM284. Manakala, 100g emas pula bersamaan RM21,314.
Ini bermaksud, harga silver jauh lebih murah berbanding emas. kalian boleh membeli silver dengan kuantiti yang banyak.
b. Boleh untung 2x ganda.
Menyimpan silver, kalian boleh untung 2x kali ganda berbanding emas.
Ini disebabkan, apabila harga emas naik, Harga silver akan naik 2x kali ganda.
Tetapi apabila harga emas turun, harga silver akan turun 2x ganda.
Harus kalian ambil perhatian, graf pergerakan harga silver tidak stabil berbanding harga emas.
Pergerakan harga emas lebih stabil dalam jangka panjang berbanding pergerakan harga silver yang agak agresif.
c. Sukar dijual semula.
Kekurangan silver paling ketara adalah tidak semua tempat yang menerima silver kalau mahu menjual semula.
Kalau terdesak nak pakai duit emas boleh dijual di mana-man tetapi tidak bagi silver.
Buat masa sekarang hanya Public Gold saja yang menerima silver kalau mahu menjual semula. Itupun jenama Public Gold sendiri. Selain jenama Public Gold, tidak diterima.
5. Jika kalian mahu menjadikan silver sebagai item pelaburan, pastikan kalian target simpan dalam jangka panjang 5 tahun hingga 10 tahun.
6. Untuk memaksimakan profile pelaburan kalian, simpanlah silver dan emas bersama. 70% emas dan 30% silver.
7. Bagi yang masih baru dalam dunia logam berharga. Saya nasihatkan mula menyimpan emas dahulu. Gunakan formula 1gram 1bulan dan cukupkan dana kecemasan. Selepas itu bolehlah beralih kepada silver pula.
Begitulah.