Silver Emas Masa Depan

Silver Emas Masa Depan

Sebenarnya tidak ramai yang membuka cerita tentang pelaburan silver. Mungkin juga tidak banyak maklumat tentang silver atau mungkin juga tidak banyak sumber yang boleh rujuk.

Apa yang saya perhatikan, Ya, tidak ramai yang menulis atau membuka bercerita tentang pelaburan silver. Kalau ada sekali pun hanya memberi gambaran secara umum sahaja.

Saya yakin ramai di luar sana ingin tahu tentang pelaburan silver. Guru emas saya lebih mengesyorkan untuk bermula dengan menyimpan emas terlebih dahulu berbanding dengan silver kerana, ilmu pelaburan silver lain sedikit berbanding ilmu emas.

#1 Pergerakan Harga Lebih Agresif

Dari sudut pergerakan harga, apabila harga emas naik, harga silver juga akan sama naik. Namun, kenaikan harga silver lebih agresif berbanding harga emas. Menurut guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, harga silver boleh naik 2 atau 3 kali ganda berbanding harga emas.

Contohnya pada tahun 2010-2011 harga emas naik 35%, tetapi harga silver naik 100%. Kata beliau, pelabur perlu berhati-hati dengan silver kerana dia akan naik memuncak, turun menjunam. Kata mudahnya, sekali harga silver naik memang tinggi, apabila harganya turun, memang turun terduduk.

#2 Potensi Untung Lebih Besar

Dari sudut potensi kenaikan, pakar meramalkan silver akan jadi “emas masa depan. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas pada masa depan.

#3 Lombong Berkurangan, Permintaan Meningkat

Silver diperlukan untuk industri, sedangkan pengeluaran silver dari lombong semakin berkurangan berbanding perkembangan sebenar industri. Ia jadi semakin berkurangan sebab silver terpakai biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa dikitar semula.

Kos untuk extract balik tak berbaloi berbanding dengan emas. Diramalkan perlombongan silver dihentikan pada 2019 kerana sumber bumi ini telah habis dalam perut bumi. Jika ia benar, bermakna harga melonjak naik, kita terpaksa menggunakan sumber yang sedia ada untuk kegunaan industri.

#4 Harga Sekarang “Undervalue”

Jika lihat harga silver sekarang, saya katakan harga silver sekarang sangat murah berbanding emas. Hari ini (20 Mac 2017) harga silver Public Gold sekitar RM 304. Ia sangat mampu dimiliki bagi sesiapa yang ingin menyimpan silver sebagai aset.

Jika ada modal sekitar RM3k hari ini, anda dapat membeli 1 kilo silver berbanding 20 gram emas sahaja. Di situ, kita dapat lihat harga silver ketika ini tersangat-sangat rendah berbanding emas.

 5# Tak Mudah Dijual dan Pajak

 Risiko Silver tidak mudah dicairkan berbanding emas. Maksudnya di sini, apabila nak dijual, tidak semua tempat terima silver kecuali pengeluar itu sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia bila-bila masa. Asalkan emas dan tulen.

Silver juga tak mudah dipajakkan sebagaimana emas. Setakat ni,  Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di Penang saja yang menerima silver sebagai pajakan.

Itu pun silver keluaran Public Gold saja. Margin pinjaman juga rendah, cuma 50% berbanding emas 65% – 75%. Senang cerita silver tidak mudah di manipulasi seperti emas. Ia sekadar beli, simpan dan buat sendal pintu! Bila harga naik baru jual.

#5 Ruang Penyimpanan Lebih Besar

Silver ni berat. Sekarang ni harga silver masih lagi rendah. Sekiranya ada modal 10k dah dapat 3 kilo silver berbanding emas hanya 50 gram. Kotak simpanan lebih cepat penuh. Terpaksalah sewa kotak simpanan yang lebih besar dengan sewa yang lebih tinggi.

#6 Susut Nilai Lebih Tinggi

Susut nilai silver tinggi berbanding emas. Contohnya, silver bar 1 kilo keluaran Public Gold susut nilainya sekitar 14%. Kalau syiling 10 dirham. Menurut En Zulkifli susut nilainya 16%! Ia memang tinggi tapi kalau harga silver naik, ia memang berbaloi.

Dan jangan terkejut, silver jenama lain yang dijual di pasaran Malaysia susut nilainya lebih tinggi. Ia boleh mencecah 40%. Walaupun silver bar Public Gold susut nilainya tinggi, kalau dibandingkan dengan silver lain di pasaran, saya boleh katakan Public Gold paling rendah (terbaik).

Jadi ok tak beli silver?

Okay kalau beli dan simpanan untuk jangka masa panjang. Bagi orang yang baru nak bermula, saya syorkan simpan emas dulu. Ada baki nanti baru beli silver.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching, Sarawak

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *