Simpan Emas Cara Selamat

Simpan Emas Cara Selamat

[kemaskini 10 Spetember 2018] Kadangkala apabila berbual-berbual dengan kawan-kawan, ada juga saya selitkan cerita pasal emas. Cerita serba sedikit mana yang tahu. Bila cerita pasal emas. Pasti keluar ayat ni.

“Tak takut ke simpan emas. Nanti kena curi”

 Ayat ni memang biasa saya dengar. Kalau buka booth pun ada juga yang tanya macam mana nak simpan emas. Ada bermacam-macam-maca cara sebenarnya, Ikut mana yang kita selesa. Rasa takut ini hanya ‘mindset’ kita sahaja. Dah lama-lama nanti, insyallah tak ada masalah.

Bagaimana Simpan Emas Cara Selamat.

#1 Beli Emas Jangan Beri Tahu Orang Lain

Pertama sekali, abila beli emas jangan beritahu orang lain, kecuali suami atau isteri kita sahaja. Sangat berisiko sekiranya anda memberi tahu orang lain bila anda membeli emas, waima 1gram. Orang tak tahu, berapa gram emas anda melainkan anda beritahu mereka.

#2 Simpan Di tempat Tidak Dijangka Akal Fikiran

Ramai yang membeli emas hanya simpan di rumah. Antara alasannya, jumlah emas yang sedikit dan tidak mahu berulang alik ke bank atau peti simpan selamat. Jika beli emas dan simpan di rumah. Cari idea nak sorokan emas-emas itu dengan cara paling kreatif, atau cari tempat simpanan yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Paling mudah jangan simpan dalam almari atau belakang almari. Itu adalah sasaran utama pencuri.

Cari idea gila-gila sikit. Contohnya simpan dalam pasu bunga, belakang peti ais, dalam badan lampu kalimantang, belakang bingkai gambar, bawah lantai mamar. Tapi beritahu pasangan anda di mana anda menyorokkan emas-emas tersebut. Semasa menghadiri seminar emas Public Gold, guru mentor En Mohd Zukifli Shafie pernah cerita ada seorang pembeli emas meninggal dunia tanpa memberi tahu pasangannya yang dia ada menyimpan emas bernilai 2 juta ringgit. Sehingga sekarang emas-emas itu tak tahu di mana disimpan.

Oleh itu, penting beritahu pasangan anda di mana anda menyimpan emas. Sekiranya terjadi apa-apa, sekurang-kurangnya pasangan anda tahu di mana lokasi anda menyimpan emas tersebut.

#3 Beli Peti Simpanan Peribadi

Beli peti simpanan peribadi. Ia memudahkan kita menyimpan barang-barang berharga selain emas. Jika beli peti simpanan peribadi, pastikan ia sukar dilihat oleh orang lain. Cari lokasi yang anda dan pasangan anda sahaja yang tahu. Tetapi jika peti ini dijumpai oleh pencuri. Besar kemungkinan ia cuba dipecahkan.

#4 Sewa Peti Simpanan Selamat (Safe Box)

Public Gold turut menyediakan perkhidmatan kotak simpanan keselamatan di bawah Public Safe

Senarai Bank dan Syarikat Menawarkan Peti Simpanan SelamatPeti simpanan selamat boleh disewa di bank atau syarikat swasta yang ada menawarkan perkhidmatan ini. Sekiranya anda memiliki emas yang banyak, saya syorkan sewa peti simpanan keselamatan. Kelebihannya, lebih terjamin dan dilindungi insurans.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching, Sarawak

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *