Simpan Ketika Bujang Senang Ketika Berkahwin
Pagi tadi saya terima wasap mesej daripada salah seorang rakan penyimpan emas yang saya bantu.
Saya namakannya sebagai Tuan H.
Hari ini harga emas turun agak banyak berbanding biasa.
Saya istilahkannya sebagai “harga emas menjunam jatuh parit”
Dari RM262/g harga tertinggi yang pernah direkodkan. Hari ini harga emas RM252/g.
Beza RM10/g.
Boleh semak harga semasa dalam website Public Gold www.publicgold.com.my.
Tuan H ini sentiasa menambah simpanan jika ada peluang disamping komited untuk menuntut ilmu.
Hari ini saya ajar beliau cara tambah emas dalam Akaun Emas GAP. Beliau tahu mingkin terlupa stepnya.
Bulan 8 nanti, InsyaAllah beliau akan melangsung perkahwinan.
Alhamdulillah, emas yang disimpan sejak bujang boleh digunakan selepas berkahwin nanti.
Pastinya perbelanjaan lepas berkahwin lebih banyak berbanding sebelum berkahwin.
Ada emas boleh jual, ada rezeki boleh beli semula nanti.
Perkahwinan membuka pintu-pintu rezeki. InsyaAllah.