Sistem Sokongan Kepada Usahawan Emas Public Gold
Dalam Public Gold, kita membeli emas bukan untuk simpanan sendiri saja, tetapi Public Gold membuka ruang kepada semua pelanggan Public Gold untuk menjadi usahawan emas atau dealer. Jana pendapatan pasif sambil simpan emas. Sambil-sambil kita membeli emas tu grab terus jadi dealar.
Antara keuntungan menjadi dealer Public Gold ialah kita berpotensi menjana pendapatan pasif melalui komisen yang dibayar setiap kali kita memperkenalkan pembeli baru atau pembeli sedia ada terus membeli emas dengan Public Gold. Komisen dealer bergantung pada tahap dealership seseorang dealer tersebut. Jika dia seorang Normal Dealer, dia akan menerima 1% daripada setiap pembelian daripada pelanggan, Priority Dealer 1.5%, dan Master Dealer 2%. Walaupun nampak tak banyak tetapi kata Abang Long Fendy, kalau ada 500 atau 1000 pelanggan yang sedia membeli emas atas rekomen kita, berminyak juga muncung tu.
Setakat pengetahuan saya, Public Gold sudah pun mempunyai lebih kurang 40 ribu orang dealer. Walaupun angka itu nampak agak besar tetapi dealer Public Gold terbahagi kepada dua iaitu dealer aktif dan dealer tak aktif. Dealer tak aktif biasanya mereka membeli emas Public Gold kerana ingin mendapat rebat atau diskaun atas pembelian mereka saja. Rebat 1% akan dibayar semula kepada dealer tersebut. Contohnya, Jika seseorang dealer tu membeli emas bernilai emas RM 10,000.00. Public Gold akan memberi rebat 1% daripada pembelian tersebut. Dapat RM100. Seronok bukan jadi dealer Public Gold, beli sendiri pun Public Gold akan bayar semula kepada kita.
Itu cerita dealer yang tak akif. Ada dealer yang aktif yang mana dealer ini dikenali sebagai usahawan emas atau tokey emas. Dealer aktif serius membina bisnes bersama Public Gold untuk menjana pendapatan pasif. Walaupun komisen yang diterima tak banyak, tetapi bila kita berjaya membina 500 atau 1000 orang pelanggan membeli emas Public Gold melalui rekomen kita. Potensi pendapatan daripada bisnes ini sangatlah besar sehinggakan ada dealer yang mampu menjana pendapatan RM 4-5 ribu sebulan.
Kita Tidak Bekerja Seorang-Seorang
Bila kita jadi dealer Public Gold yang aktif dan serius membina bisnes. kita tak bekerja seorang-seorang tapi kita bekerja dan berjaya bersama-sama dalam satu pasukan. Public Gold menyediakan beberapa sistem sokongan kepada dealer bagi memudahkan seseorang dealer itu membangunkan bisnesnya sendiri.
Jutawan Emas Leadership Traning (JLT)
Jutawan Emas Leadership Traning (JLT) iaitu latihan 3 hari 2 malam. Biasanya JLT ini akan diadakan Janda Baik, Gunung Jerai, Santubong, Kuching, dan Kundasang, Sabah. Di sini dealer akan dilatih dan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan skil bisnes daripada mentor-mentor yang berpengalaman dalam bidang emas dan bisnes emas. Di sini juga segala rahsia bisnes emas akan diajarkan kepada dealer yang hadir. Kata guru emas En Mohd Zulkifli Shafie. Jika mahu berjaya cepat dalam Public Gold perlu hadir JLT 4-6 bulan sekali untuk caj semula semangat untuk berbisnes.
Kelas Public Gold One System (PG1S)
Selain JLT, antara sistem sokongan lain yang Public Gold sediakan kepada dealer ialah Kelas PG1 Sistem. Kelas ini di adakan setiap hari Selasa malam bertempat di Public Gold Cawangan Ampang dan dipancarkan secara langsung di semua cawangan Public Gold seluruh negara termasuk di Singapura dan Indonesia. Semua dealer yang serius membina bisnes bersama Public Gold perlu hadir kelas ini. Dalam kelas ini dealer akan didedahkan bagaimana membina bisnes dengan betul, ciri-ciri dealer yang baik dan mind set yang betul apabila seseorang itu membina bisnesnya.
Daripada pengalaman saya yang sudah setahun mengikuti kelas PG1S ini. Ia amat membantu saya dalam membina bisnes saya sekarang. Di sini juga saya mengembalikan semangat saya. Dalam fasa membina bisnes, kadangkala rasa down tetap ada. Dan melalui kelas ini juga saya caj balik semangat saya untuk capai impian saya iaitu mempunyai pendapatan yang kukuh bersama Public Gold. Kepada sahabat-sahabat yang berminat menjadi dealer boleh hubungi saya.
Sistem Mentor
Selain dua sistem sokongan di atas. Dealer juga akan di bimbingan dengan mentor-mentor yang berpengalaman dalam bidang emas dan binses emas. Ada tiga mentor yang sering menjadi rujukan dealer-dealer Public Gold iaitu En Syukor Hashim, En Mohd Zulkifli Shafie dan Pn Azizah Hassan a.k.a Mama Gold.
Dalam bisnes Public Gold ini, saya dibimbing oleh En Mohd Zulkifli Shafie Triple Star Master Dealer dan beliau telah membimbing lebih lima ribu pembeli emas di Malaysia. Beliau juga penulis buku WANG EMAS BERTAHAN KETIKA GAWAT dan buku ZERO HUTANG.
Bimbingan daripada mentor antara keistimewaan dealer Public Gold. Kita bukan saja dibimbing daripada skil berbisnes tetapi turut dibimbing menjadi seorang dealer yang baik dan berilmu.
Jadi sahabat-sahabat yang membeli emas tu, alang-alang membeli grab terus jadi dealer. Sambil menyimpan emas kita membina pendapatan pasif melalui platform Public Gold. Boleh ambil peluang promosi bulan ini atau hubungi saya 013-3235478.
Wallahualam
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching