Strategi Jana Keuntungan Dengan Emas

Strategi Jana Keuntungan Dengan Emas

Emas bukanlah pelaburan ajaib. Ia cuma pelaburan biasa-biasa sahaja. Jika ada yang menawarkan pulangan yang tidak munasabah bertopengkan emas. Baik berhati-hati.

Bukan apa, duit bukan mudah dicari, tetapi menghabiskannya cukup senang. Tak sampai sehari boleh dihabiskan.

Saya ada menasihatkan bebeapa orang rakan mahupun ahli keluarga. Nak bebas kewangan bukan semudah ABC, tetapi tidak mustahil jika dipandu ilmu yang betul. Begitu juga dengan pelaburan emas.

Jika beli emas hari ini, bulan depan kalau jual boleh untung tak? Saya kata tak, rugi adalah. Sebab emas bukan pelaburan jangka pendek, tetapi pelaburan jangka sederhana atau panjang.

Dalam seminar-seminar Public Gold yang saya hadir. Harga emas akan naik sekali atau 2 kali setahun. 2 kali setahun itu dah kira banyak.

Dalam pemerhatian saya tahun lepas. Harga emas menjunam hujung tahun RM174 segram. Kemudian naik balik  bulan Januari.

Kini harga emas sedikit demi sedikit naik sehingga mencapai RM 194 segram. Sekiranya anda berhajat membeli rumah 5 tahun dari sekarang dan sedang mengumpul wang deposit. Saya syorkan simpan dalam bentuk emas. Kita tidak tahu berapa nilai wang kita 5 tahun akan datang.

Strategi jana keuntungan dengan emas

 #1 Beli dan Simpan

Beli dan simpan emas sebagai aset jangka panjang. Jual abila hendak ambil untung hasil kenaikan harga.

Kita dapat keuntungan daripada kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang. Logik atau tak harga emas akan naik masa akan datang.

Bagi saya logik kerana kalau harga barang-barang sekarang pun semakin naik apatah lagi emas.

#2 Beli, Jual, Beli, Jual

Beli harga rendah  jual harga tinggi. Strategi ini dipanggil trading. Beli emas masa harga paras rendah,  jual bila harga tinggi.

Ulang ni berkali-kali. Strategi ini nampak mudah, tapi tak semua orang berjaya. Ada kalanya, yang bersemangat untuk trading akhirnya, beli dan simpan saja.

Cabarannya strategi ini, tiada siapa yang tahu, atau dapat meramalkan bila harga emas akan naik dan bila pula harga emas akan  turun.

Bagi yang berminat nak buat strategi ni, perlu beli emas dalam jumlah yang besar kemudian jual kesemuanya apabila harga emas naik. Jangan ada istilah sayang nak jual. Kalau tidak. Tak jadi strategi ini.

Lagi satu, perlu belajar Analisis Teknikal Harga Emas. Dalam kelas ni kita akan belajar bagaimana pergerakan harga emas dunia, apa yang mempengaruhi harga emas, dan di mana harga emas dianggap benar-benar rendah (harga lantai) di mana pula harga emas dianggap harga tinggi (harga siling)

#3 Berniaga Emas

Siapa ada modal lebih boleh jadi ejen syarikat emas seperti Public Gold. Kemudian beri kesedaran kepada masyarakat kepentingan dan kelebihan menyimpan emas. Bimbing masyarakat dengan betul peleburan emas yang sebenar.

Apabila ada pembelian melalui kita. Kita sebagai ejen akan mendapat keuntungan daripada segi komisennya atau margin jualan.

Pelabur emas dapat untung daripada pergerakan harga emas. Peniaga emas dapat untung daripada margin jualan emas. Bila harga emas jatuh, peniaga emas lagi untung sebab lagi ramai orang beli emas.

Harga emas naik, peniaga emas untung juga harga emas jatuh pun untung. Jadi sesiapa ada modal lebih boleh beli dan terus jadi ejen.

Pesan mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie

Bukan emas yang membuatkan kita kaya. Sebaliknya sejauh mana ilmu dan kepandaian kita memanfaatkan emas yang boleh membantukan kita menjadi kaya.”   

 Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching, Sarawak

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *