Strategi Pelaburan Emas 2021
Alhamdulillah selesai FB Live seminar emas daripada guru saya En Syukor Hashim tentang strategi pelaburan emas tahun 2021. Dan tahniah 2,300 orang yang join seminar malam ini. Luar biasa apabila seminar diadakan secara online, lebih ramai yang boleh dapat manfaat daripada satu channel.
Daripada FB Live tadi saya kongsikan kembali beberapa poin penting.
1. Sejak 2017 sehingga 2021 harga emas sudah naik sebanyak 52%. Kenaikkan harga emas ini dipengaruhi polisi kerajaan US yang ditabir oleh Donald Trump, perang dagang antara US dan China serta virus Covin-19.

2. Sebelum membeli emas kenal pasti adakah kalian mahu fokus sebagai penyimpa, pelabur atau trader (pedagang)
3. Penyimpan emas fokus keuntungan kepada kuantit emas. Tak perdulikan harga emas naik atau turun yang penting simpanan emas bertambah dari semasa ke semasa.
4. Pelabur emas fokus untung kenaikkan harga. Perlu belajar ilmu Analisis Teknikal Harga Emas.
5. Strategi hibrid, jadi penyimpan dan pelabur dalam satu masa atau dealer. Jadi sahabat budiman sekalian,Kalian di posisi mana? saya tetap sebagai penyimpan emas.
Bagi saya untuk menang dalam pelaburan emas kunci adalah konsisten walaupun sebulan kita cuma beli 1gram saja.Emas bertambah secara tidak langsung nilai kekayaan kita juga bertambah.
Begitulah