Strategi Penyimpan Emas

Strategi Penyimpan Emas

Tidak semua pembeli emas mampu menjadi pelabur emas, kerana untuk menjadi pelabur emas kita perlu membeli emas dengan jumlah yang besar. Paling minimum sekalipun 100g. Jika beli 1-2g. Itu bukan pelabur emas namanya, tetapi penyimpan emas.

Jika bercita-cita nak jadi pelabur emas. Peraturan yang perlu dipatuhi ialah cukupkan dahulu dana kecemasan 3-6 bulan pendapatan.

Nak cukup dana kecemasan ini boleh dalam 2 cara iaitu, simpangan berbentuk emas atau wang tunai.

Saya syorkan dalam bentuk wang tunai, kerana ketika waktu kecemasan kita nak pakai duit dengan kadar segera.

Namun, jika mahu juga dalam bentuk emas, saya nasihatkan bahagikan dana kecemasan itu kepada 2, iaitu wang tunai dan emas.

Kalau ada hal-hal kecemasan, gunakan dahulu wang tunai yang disimpan, kalau duit dana kecemasan dah habis, jual emas yang dikhaskan untuk dana kecemasan. Nanti tidak adalah ralit sangat.

Mindset penyimpan emas

Mindset seorang penyimpan emas ialah pertambahan “gram” emas tanpa memikirkan sangat soal harga.

Penyimpan emas tidak peduli harga emas turun atau naik. Yang penting baginya ialah gram emas dalam tangan sentiasa bertambah.

Penyimpan emas biasanya akan pegang kata-kata ini:

“Ada duit tambah emas” tak kira harga emas melambung tinggi atau harga emas sedang jatuh.

Janji gram emas dalam tangan bertambah. Jika tahun ini dapat kumpul 12g. Tahun depan mesti nak kumpul 15-20g. Itu mindset seorang penyimpan emas.

Waktu sesuai membeli emas

 #1 Bila Ada Duit

Bila ada duit, beli dan beli. Jangan pandang sangat harga. Kerana fokus kita untuk kumpul jumlah gram dalam tangan.

#2 Konsisten

Sebagai penyimpan emas, kerja kita beli dan beli secara konsisten. Paling mudah 1 bulan 1 gram.

Dapat gaji asing siap-siap beli emas waima 1g dalam. Paling mudah beli melalui akaun emas GAP Public Gold. Cukup 5g,10g,20g keluarkan sebagai emas fizikal.

Waktu sesuai menjual emas

#1 Ketika Waktu Kecemasan

Apabila dana kecemasan (wang tunai) sudah habis, jual emas dalam tangan. Masa nii jangan untung rugi. Kita nak pakai duit, bukan nak buat duit dengan emas. Nak buat duit dengan emas jadi pelabur bukan penyimpan.

#2 Telah Capai Matlamat

Bila dah capai matlamat jual emas yang kita ada. Contohnya, emas sebagai deposit beli rumah, bayar hutang, pergi haji atau umrah dan sebagainya.

#3 Tukar Aset Lain

Jual emas yang kita simpan untuk tambah aset lain, seperti beli tanah, beli rumah pelaburan, membuka homestay dan sebagainya.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching, Sarawak

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *