Tip Menyimpan Emas Bagi Yang Baru Bermula

Tip Menyimpan Emas Bagi Yang Baru Bermula

Menyimpan emas ibarat memupuk tabiat menyimpan. Bagi yang baharu bermula, bagaimana strategi yang sesuai?

Ini saya amalkan mula-mula membiasakan diri menyimpan emas dulu.

1. Simpan 1gram 1 bulan.

Letak dalam minda kita mesti simpan
1gram 1bulan. Simpan dan lupakan. Duit lebih yang lain boleh disimpan dalam asb atau tabung haji.

2. Lepas gaji terus potong nilai 1gram.

Sebelum membayar komitmen yang lain, potong siap-siap nilai 1gram. Saya pernah melewat-lewatkan menyimpan emas selepas dapat gaji. Akhir saya terlepas membeli emas kerana duit yang ada dah terpakai untuk benda lain. Menyesal sungguh kawan.

Jangan melewat-lewatkan menyimpan kawan-kawan. Duit yang pergi takkan kembali.

3. Jangan tunggu harga terbaik.

Macam mana harga emas sekalipun, ada duit beli saja emas. Baca semula poin saya yang ke-2 tadi.

4. Beli melalui akaun emas.

Cara paling mudah menyimpan emas 1gram 1bulan. Beli melalui akaun emas. Banyak tempat menawarkan akaun emas. Sebaiknya pilih akaun emas yang senang berurusan dan ada emas fizikalnya.

5. Pegang emas fizikal

Semangat menyimpan emas lebih tinggi apbila memegang emas. Tanpa sedar ia menyuntik minda separuh sedar kita untuk menyimpan lebih banyak lagi.

Jika ada simpan dalam akaun emas, keluarkan sedikit dalam bentuk emas fizikal. “Fleelnya” amat berbeza kawan.

Berbalik poin yang ke-4 tadi. Pilih akaun emas yang senang berurusan dan ada emas fizikalnya. Kalau ada 20gram dalam akaun keluarkan 5gram atau 10gram buat simpanan sendiri bagi motivasi menyimpan lagi

Public Gold pun ada juga akaun emasnya yang dikenali akaun Gold Accmulation Program (GAP).

Tip ini buat mereka yang baharu mula belajar menyimpan emas. Kalau dah lama menyimpan boleh beralih 2 gram 1 bulan atau 1 dinar 1 bulan. Ikut pendapatan masing-masing.

Begitulah ceritanya.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *