1gram Sebelum Balik Kampung

1gram Sebelum Balik Kampung

Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah menghampiri fasa 10 terakhir Ramadan. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah penghujung Ramadan. Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan mulia ini diterima olehNya. Amin.

Sedar tak sedar juga tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.  

Sudah pasti minggu depan ramai dalam kalangan kita dah mula balik kampung setelah 2 tahun kita hanya beraya di bandar saja. Hati-hati dalam perjalanan semoga sahabat-sahabat selamat sampai ke kampung dan selamat pulang semula ke bandar nanti.

Sedia kita maklum, sambutan hari raya tahun ini lebih meriah berbanding 2 tahun lepas dan sudah pasti ramai dalam kalangan kita akan berbelanja lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Al-maklumlah 2 tahun tak dapat beraya seperti biasa. Pesan mentor kewangan negara Tuan Azizi Ali, SIMPAN DULU SEBELUM BELANJA dan simpanan yang paling baik ialah simpanan di tempat yang tidak mudah bocor seperti EMAS.

Simpan 1gram Sebelum Balik Kampung

Sebelum balik kampung pejamkan mata, selamatkan siap-siap gaji kita kepada 1gram emas. Ini cara paling mudah untuk paksa diri kita menyimpan dan mempunyai simpanan selepas hari raya nanti.

Begitulah

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *