Anak Muda Lekas Mulakan Simpanan
Saya amat galakkan anak-anak muda menyimpan emas ketika ini. Jadikan emas sebagai simpanan ke-2 disamping simpanan sedia ada.
Elakkan letak simpanan kita dalam 1 rumah, pelbagaikan supaya apa-apa berlaku, simpanan ke-2 boleh jadi back up nanti.
Antara sebab saya amat galakkan anak muda mula menyimpan emas ialah kuasa beli emas yang bertahan dalam jangka panjang dan emas tak mudah dibelanjakan berbanding duit RM.
Dugaan anak muda sekarang ialah dugaan untuk bergaya, berbelanja antara cabaran mereka ketika ini.
Sebelum duit gaji habis entah ke mana, berjinak-jinaklah dengan emas.
Bila kita dah serasi menyimpan emas, sedikit demi sedikit ia membentuk disiplin kita menyimpan lebih baik.
Pengalaman ramai orang, bermula menyimpan emas akhirnya tabiatnya mula berubah daripada boros berbelanja kepada boros membeli emas.
Okeylah kan membeli barang yang bernilai sepanjang zaman. Emas juga duit bentuk saja berbeza.
Beli emas bukan habiskan duit tetapi menyimpan duit dalam bentuk yang baik.