Bina Home Office di Rumah.

Bina Home Office di Rumah.

Bila waktu wabak begini kebanyakan kita diarahkan berkerja dari rumah. 
Bawa balik kerja-kerja pejabat dan buat di rumah.

Daripada pengalaman saya, ramai yang masih tidak biasa bekerja dari rumah berbanding berkerja di pejabat. Salah satunya ialah suasana di rumah amat berbeza berbanding di pejabat dan gangguan-gangguan daripada anak-anak dan sebagainya.

Set up home office

Ya … Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya serius membina bisnes dan salah 1 yang guru saya sarankan ialah sedia 1 sudut kerja atau home office di rumah.

Bila kita ada home office kita rasa benar-benar bekerja.  Anak-anak pun tahun ayah atau ibunya sedang bekerja.  Home office ini anak-anak dilarang masuk kerana ini tempat kerja kita. 

Tetapkan dalam diri anak-anak atau ahli keluarga kita, apabila kita masuk home office, ini bermakna kita sedang bekerja.  Tidak boleh diganggu sama sekali. Saya masuk home office apabila habis waktu kerja pejabat untuk membuat kerja-kerja bisnes. 

Namun, dalam 2 minggu ini saya akan masuk home office untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat saya barulah saya membuat kerja-kerja bisnes.

Saya tetap rasa saya bekerja walaupun di rumah.

Seronok bekerja di rumah kerana ia lebih selasa dan kita boleh berkerja sampai tengah malam. Tak ada orang ganggu.

Begitulah

Kredit gambar: Usa to day

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *