Emas Bantu Saya Bebas Hutang

Emas Bantu Saya Bebas Hutang

Semua orang nak bebas hutang negatif. Maksud hutang negatif di sini hutang yang memiskinkan kita. Kalau hutang rumah, itu saya kira hutang perlu, hutang pendidikan. Itu pun saya kira hutang perlu. Sebab daripada hutang itu kita dapat meningkatkan nilai diri kita. Hutang negatif seperti hutang peribadi, hutang sewa beli, dan lain-lain lagi.

Semasa saya menanggung 3 hutang (hutang Bank Rakyat, hutang koperasi, hutang Yayasan Negeri Sembilan). Saya mempunyai impian mahu hidup bebas daripada hutang. Ikutkan hati. Saya tak mahu ada hutang sekalipun waima 1 sen. Hidup berhutang sangatlah perit. Nak berbelanja pun saya berfikir banyak. Hatta saya nak membeli seluar baju kerja pun saya fikir berkali-kali. Buat bajet, beli mana-mana yang betul-betul perlu saja. Yang rasa tak perlu saya tangguh dulu.

Impian saya selama saya menanggung 3 hutang. Saya nak bebas hutang. Saya fikir macam mana saya nak padam hutang-hutang saya. Gaji tak besar, isteri tak bekerja (mula-mula kami berkahwin dulu). Kalau isteri tak bekerja maksudnya semua perbelanjaan terletak dibahu saya. Sebenarnya ujian sebenar pasangan berkahwin ialah selepas kahwin. Gaji saya RM 2,000. Dalam RM 2000 itu saya guna untuk bayar sewa rumah,  kos barang dapur, hantar duit belanja mak abah di kampung, bantu adik-beradik yang nak pakai duit.

Jujur cakap sebuah perkahwinan bukan hanya atas dasar cinta semata-mata tetapi disusuli  dengan tanggungjawab.  Kalau tak bersedia, kewangan tak beberapa stabil, jangan dulu bang. Pergi cari ilmu rumah tangga dulu, tingkatkan ilmu kewangan baru pinang anak orang. Kalau fikir hari-hari makan cinta boleh kenyang nak jer saya cuba ilmu tu.

Semasa saya menanggung hutang, saya nekad nak perabih hutang-hutang saya. Saya nak cepat-cepat next step. Bagi saya, sampai bila saya nak fikir masalah hutang. Setiap kali saya dapat gaji, sebahagian gaji saya dikikis oleh hutang. Bohong saya katakan, hati mata tak sedih lihat duit gaji hanya bayar hutang saja. Tiba satu masa saya mesti keluar masalah hutang, dan mula membina harta. Itulah kata-kata setiap kali saya down dengan hutang-hutang saya.

Orang kata hidup mana boleh tak berhutang. Saya percaya kata boleh. Saya ambil kisah inspirasi daripada guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, Bagaimana beliau bebas hutang. Saya yakin saya pun boleh menjadi seperti beliau. Apa saya buat ialah saya perbanyakan baca buku-buku kewangan. Saya baca apa-apa saja buku kewangan, baca free ebook tentang kewangan saya download daripada internet. Asalkan saja free ebook saya download semua.

Kalau tak ada duit nak beli buku, saya pinjam dari perpustakaan. Tempat kerja saya memang dekat dengan perpustakaan. Saya tahu saya lemah urus duit. Simpan banyak  mana sekalipun tetapi tak nampak banyak-banyak. Salah satu kesilapan besar saya, sehingga kini saya terkesan. Saya bagi orang pinjam duit.  Sampai satu tahap saya pun semput.

Ironinya bila bagi orang pinjam duit, tak akan berbayar semula. Kalau berbayar sekalipun hanya separuh, itu pun dah kira cukup bagus. Kalau dikira-kira hampir RM 6,000.00 duit saya habis bagi orang pinjam duit. Saya mula terbeban dengan masalah ini.

Saya fikir semula, bagi pinjam duit bukan menyelesaikan masalah orang. Mungkin sekejap, kemudian dia datang semula minta pinjam duit. Saya perlu berhenti daripada pinjamkan orang duit selagi hutang-hutang saya belum selesai.

Pada masa yang sama saya mula belajar simpan emas sikit-sikit daripada guru saya En Mohd Zulkifli Shafie. Saya belajar daripada blog beliau www.mohdzulkifli.com. Saya baca buku-buku tulisnya Zero Hutang, Wang Emas Bertahan Ketika Gawat, Misi Bebas Hutang.

Saya mula belajar simpan emas 1gram 1 bulan. Bulan berikutnya saya ulang lagi langkah ni 1gram 1bulan sehingga saya merasa seronok menyimpan emas. Saya beli dan beli tanpa melihat harga. Janji dapat simpan 1gram bulan tu dah kira berbaloi daripada duit saya bocor bagi orang pinjam duit.

Tip daripada saya. Bila dah mula simpan emas. Perlu belajar, baca buku, selalu datang seminar. Dari situ kita dapat betulkan mindset tentang emas. Jika dah mula simpan emas tapi senyap, tak belajar, tak datang seminar. Bila harga emas naik susah hati, bila harga emas turun lagi susah hati. Keseronokan saya menyimpan emas menyebabkan saya tak sedar berapa gram emas yang saya dah simpan. Daripada simpanan emas tulah saya membayar hutang sedikit demi sedikit. Saya selesaikan hutang yang kecil dahulu.

Selesaikan hutang perlu step by step. Jangan gopoh. Perlu bersabar dan banyakkan berdoa. Saya banyak berdoa agar dipermudahkan melangsaikan hutang-hutang saya. Sesusah mana sekalipun jangan tinggalkan mak ayah daripada segi kebajikan mereka. Pesan daripada ketua jabatan tempat saya bekerja. Mak ayah di kampung bukan mahukan duit kita sebenarnya. Tapi kita sebenarnya mahukan keberkatan daripada mereka. Saya pegang kata-kata ketua saya. Setiap bulan peruntukan RM150 untuk mak abah di kampung. Macam mana sekalipun RM150 mesti saya pos ke kampung. Kalau dapat bonus, saya bahagikan 3. Untuk saya, untuk isteri dan untuk mak abah di kampung.  Saya mahu keberkatan rezeki seorang anak.

Walaupun saya simpan emas 1gram 1 bulan, dalam pada yang sama saya tetap membayar hutang-hutang saya secara konsisten melalui potongan gaji. Nak jual emas yang kita simpan memang sayang. Bukan mudah nak kumpul sekian-sekian banyaknya. Tetapi saya ambil nasihat guru saya. Kita berundur sekejap untuk terbang lebih tinggi.

Alhamdulillah, 31 Mei 2018 saya langsaikan hutang terakhir saya. Berkat kesabaran sampai cermin mata saya pun tak berganti sebab nak bayar hutang punya. Berkorban dulu. Lepas ni boleh plan tukar cermin mata.

Bebas hutang tak mudah sebenarnya tapi tak mustahil. Insyallah semua boleh

Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching

Kredit gambar: mport.ua 

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *