Emas Hanya Permulaan Membina Kewangan Lebih Baik
“Emas hanya permulaan membina kewangan yang lebih baik” itu sebahagian pesan guru saya En Mohd Zulkifli Shafie semasa Privet Webinar Membina Sejuta Pertama.
Emas bukanlah segala-galanya, malah emas tidak mampu menyelesaikan semua masalah kewangan tetapi emas mesti ada dalam kewangan kita. Pesan guru-guru kewangan seperti Tuan Azizi Ali, asas membina kekayaan ialah dengan menyimpan.
Simpan 10% daripada pendapatan kita selebihnya barulah boleh dibelanjakan. Daripada Pn Marlia Ramli a.k.a Kak Lopa pula. “Biar tak makan asalkan menyimpan.”
Mungkin pandangan orang biasa pasti mengatakan sampai tak makan sebab nak menyimpan tetapi daripada sudut kewangan pula. Tanpa makanan manusia boleh bertahan selama 7 hari tetapi tanpa wang manusia akan melakukan banyak kerosakan seperti mencuri dan sebagainya. Begitulah pentingnya menyimpan
Menyimpan Sehingga Mampu Membeli Aset
Sampai bila kita menyimpan? Simpan sehingga simpanan itu mampu ditukarkan kepada aset-aset lain seperti rumah atau tanah.Kita tidak akan jadi kaya selagi tidak boleh menyimpan. Ramai gagal menyimpan kerana desakan gaya hidup dan berbelanja yang berlebihan daripada sepatutnya.
Atasi masalah duit bocor bertahun-tahun dengan emas. Itu cara paling berkesan. Rawat penyakit duit selalu bocor atau terbelanja dengan mula menyimpan emas dari sekarang. kalau tak boleh menyimpan duit RM simpan emas.Dari segi emosi, emas lebih seronok disimpan dan dikumpulkan berbanding duit RM yang secara nalurinya lebih seronok dibelanjakan.
Perlu kita fahami emas tidak menyelesaikan semua masalah kewangan tetapi emas hanyalah permulaan membina kewangan lebih baik.
Jangan tunggu perfect time. Mulakan sekarang