Emas Mempunyai Nilai intrinsik
Apa yang dimaksudkan nilai intrinsik? Intrinsik bermaksud nilainya kekal atau melekat pada aset tersebut. Emas antara aset nilainya kekal dalam jangka panjang dan tidak terjejas dalam apa pun situasi ekonomi.
Untuk senang faham bagaimana nilai emas kekal dalam jangka panjang. Kita ambil perbandingan 1 dinar bersamaan seekor kambing. Pada zaman Rasulullah s.a.w 1 dinar mampu membeli seekor kambing dan sekarang 1dinar yang sama, berat yang sama masih munasabah membeli seekor kambing.
Walaupun harga emas sudah naik berkali-kali ganda sejak 1400 tahun yang lalu. 1dinar hanya cukup membeli seekor kambing bukan 10 ekor kambing atau 20 ekor kambing.
Ini menunjukkan bahawa kuasa beli emas tidak bertambah disebalik kenaikkan harganya. Walaupun harganya dilihat naik tetapi nilainya tetap kekal sejak dulu hingga sekarang. Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya.
Ini bermaksud semakin tulen emas tersebut semakin tinggi nilainya dan semakin berat semakin mahal harganya. Manakala, nilai seekor kambing melekat pada jenis, berat, dan umur dan sebagainya.
Contohnya nilai kambing biri-biri tidak sama dengan kambing boer.Ini dikatakan nilai intrinsik iaitu nilai yang melekat pada sesuatu. Nilai emas melekat pada emasnya. Nilai kambing melekat pada kambingnya.
Berbanding duit kertas. Duit kertas tiada nilai yang sebenar. Senang faham, cuba koyakkan duit RM100 ia tidak akan jadi RM50/RM50 tetapi nilai terus menjadi RM0. Ini menunjukkan duit kertas tiada nilai intrinsik.
Barangkali nilai mencetak duit sekeping RM100 barangkali hanya RM0.10 tetapi dipaksa nilai menjadi RM100 dengan jaminan sesebuah kerajaan.
“sah diperakukan dengan nilai seratus ringgit”.
Begitulah
Kredit pemilik gambar asal
Puchong