Gaji Hanya Kemudahan Bukan Hak Mutlak
Ramai yang menyangka bahawa gaji yang kita miliki hari ini adakah hak mutlak tetapi ramai tidak sedar bahawa gaji tersebut bukan hak tetapi kemudahan yang disediakan oleh majikan.
Selagi kita berupaya bekerja dan menyumbang kepada majikan kita masih layak menerima gaji tetapi apabila kita hilang keupayaan untuk bekerja ataumajikan tidak mahu lagi kita bekerja di syarikatnya gaji yang kita nikmati selama ini boleh hilang bila-bila masa.
Menyimpan secara tegar hari pertama bekerja
Bagi anak muda, mulakan simpanan secara tegar seawal hari pertama bekerja kerana saya selalu peringat diri saya sendiri. Selagi kita berupaya untuk bekerja dan layak menerima gaji itu peluang kita membina kekayaan. Kekayaan bukan terletak berapa banyak gaji yang kita terima tetapi berapa banyak yang kita simpan.

Mengapa perlu menyimpan secara tegar seawal setahun jagung bekerja?
1. Keupayaan bekerja ada hadnya. Tiba masanya kita tidak lagi mampu bekerja bukan kerana pencen tetapi mungkin suasana tempat kerja dah tak seindah dahulu atau faktor kesihatan.
2. Minat kita akan berubah seiring usia. Dahulu kita gila bekerja tetapi sekarang kita lebih minat untuk berbisnes untuk luangkan lebih masa bersama keluarga.
3. Kita ada matlamat dalam hidup. Berkahwin, pergi haji, beli rumah, bahagiakan ibu bapa, dan melancong.
4. Kos kesihatan semakin meningkat kerana nilai duit semakin merosot. Walaupun kita ada takaful membantu, pasti ada kos-kos sampingan yang perlu keluarkan duit poket kita sendiri.
Pesan mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie. Masalah kewangan akan berlaku apabila kita ada duit dan akses kepada duit tersebut.
Belajar simpan emas untuk mengelakkan duit simpanan hilang tanpa diduga. Keseronokan wang apabila dibelanjakan, keseronokan emas apabila disimpan.
Begitulah